KES penderaan kanak-kanak melibatkan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terus meraih perhatian apabila 10 peguamnya menarik diri dengan alasan tidak berkelapangan.
Perkara itu membuatkan Siti Bainun yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella menangis di kandang saksi.
Susulan itu netizen mula ‘menyerang’ barisan peguam berkenaan dengan pelbagai andaian berhubung perkembangan terkini itu.
Penjelasan Hafidzah pada akaun Instagramnya.
Antara yang paling mendapat sindiran dan kecaman hebat ialah peguam sensasi, Nurul Hafidzah Hassan.
Enggan berdiam diri, Nurul Hafidzah tampil menjawab beberapa pertanyaan netizen berhubung tindakannya meninggalkan anak guam hingga kes berkenaan terpaksa di tangguh lagi.
Kata Hafidzah, tiada sesiapa pun yang ‘meninggalkan’ pengasas Rumah Bonda itu dan ia bukan sesuatu perkara yang melucukan.
Ujarnya, pertindihan tarikh perbicaraan bagi kes lain menyebabkan mereka terpaksa menarik diri.
Perkara itu juga dimaklumkan pihaknya kepada mahkamah sejak Disember 2022 bahawa dia sememangnya tidak berkelapangan pada Januari hingga Mac.
Pertindihan tarikh merupakan alasan penarikan diri dibuat Hafidzah.
Kenyataan ringkas dibuat oleh Hafidzah itu menjawab persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan mahkamah.
Pada Selasa, mahkamah menetapkan 26 Januari ini bagi sambung bicara dan perbicaraan yang sepatutnya berlangsung bermula 18 hingga 20 Januari dilapangkan.
Peguam bagi kes penderaan Bella mewakili Siti Bainun menarik diri daripada kes.
KES pengabaian anak istimewa Bella mendapat tumpuan penuh apabila kesemua 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri pada Isnin.
Perkara tersebut dimaklumkan Zurianty Sudin yang merupakan saksi pendakwaan menggerakan kes ini ke muka pengadilan di laman Facebook miliknya.
Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Abd Razali sepatutnya meneruskan prosiding bela diri atas pertuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom down, Bella, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin.
Bagaimanapun berlaku insiden tidak disangka-sangka di mahkamah apabila tiga daripada peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri daripada kes berkenaan.
kredit: mstar
Leave a Reply