Isu poligami masih lagi rancak menjadi bualan di media sosial walaupun sudah hampir sebulan pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengaku sudah berkahwin seorang lagi dengan anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.
Susulan itu, ramai pihak mula bersuara dengan menyatakan pandangan masing-masing dengan mengatakan tidak salah sekiranya kaum lelaki mahu berkahwin lagi jika hendak dibiarkan mereka bergelumang dengan maksiat.
Dr Mashitah ulas isu poligami
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, fahaman ‘poligami’ orang segelintir pihak yang menganggap ia adalah sunnah dalam Islam adalah kurang tepat.
Poligami dalam makna kata sebenar adalah dibenarkan dengan syarat tidak berlakunya sebarang penganiayaan kepada pihak terlibat.
Ceritanya lagi, poligami itu sudah lama diperkenalkan kepada masyarakat sebelum datangnya Islam dengan memperkenalkan undang-undang bagi mengawal penganiayaan yang berlaku dalam komuniti.
“Islam tak pernah memperkenalkan poligami dan Islam tak suruh pun poligami. Sewaktu Islam datang, poligami itu sudah pun menjadi budaya kepada masyarakat ketika itu.
“Jadi, bila Islam datang, apa yang Islam buat? Islam mengawal poligami ini melalui undang-undang dan membetulkan poligami ini serta membataskan.
“Jangan kita sebut kata, asalkan Islam saja, orang fikir sunnahnya adalah poligami. Tak! Masa Islam datang, poligami dah pun ada. Islam datang dah betulkan. Bagaimana? Kalau nak kahwin, jangan ada penganiayaan,”ujarnya.
Islam juga bataskan tak boleh kahwin lebih daripada empat
Tambahnya, tuntutan dalam Islam juga meletakkan batasan di mana kaum lelaki tidak boleh berkahwin lebih daripada empat.
“Islam bataskan tak boleh kahwin lebih daripada empat. Islam juga mengawal melalui undang-undang supaya tidak ada penganiyaan.
“Sebab itu kita tengok bila ayat yang bercakap tentang poligami ini, dia bercakap dulu tentang anak-anak yatim supaya tidak ada penzaliman,”jelasnya.
Poligami bukan ubat bagi atasi maslaah
Dalam pada itu, figura kelahiran negeri jelapang padi turut mengingatkan golongan lelaki untuk tidak menganggap poligami sebagai hak mutlak bagi mengatasi sesuatu masalah.
“Islam datang dan mengambil poligami ini sebagai kelonggaran dalam sebuah perkahwinan yang memerlukan poligami ini.
“Kita anggaplah poligami ini macam satu ubat bagi keluarga yang ada masalah. Jadi keluarga yang tidak ada masalah ini, makan ubat buat apa. Kalau kita masih sihat tapi makan ubat, itu namanya cari penyakit,”katanya.
Lima perkara suami perlu buat sekiranya mahu poligami
Kaum lelaki perlu melakukan lima perkara sekiranya mahu berpoligami untuk meneruskan pelayaran rumah tangga dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan.
Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, si suami perlu melakukan lima perkara asas tersebut bagi mengelakkan berlaku perceraian yang biasanya melibatkan pasangan berusia antara 35 hingga 50 tahun yang mengamalkan poligami.
Katanya, perkara pertama yang perlu dilakukan si suami ialah menyediakan rumah berasingan bagi memenuhi hak setiap isteri.
“Seterusnya, suami harus beri wang nafkah yang cukup. Di dalam perintah poligami Mahkamah Syariah perlu dinyatakan terus berapa jumlah nafkah yang hendak diberi oleh suami kepada isteri sedia ada, bakal isteri dan anak-anak.
“Kemudian, suami perlu buat jadual bermalam. Jika mahu poligami, tidak adil sekiranya setiap malam hanya rumah isteri kedua. Nafkah batin ini wajib dan ia bukan tentang bersetubuh sahaja namun penjagaan hati dan kasih sayang juga sebahagian daripada nafkah batin,” katanya dalam satu perkongsian di laman Facebooknya semalam.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, setiap harta yang diperolehi semasa dalam tempoh perkahwinan dengan isteri sedia ada perlu diisyitiharkan sebagai harta sepencarian bersama. Harta sepencarian ni bukan sekadar sumbangan wang ringgit sahaja, sumbangan tak langsung isteri juga macam lahirkan anak pun boleh dikira sumbangan untuk dapatkan harta tersebut.
“Saya cukup tidak bersetuju kalau suami buat keputusan nak poligami namun nikah di sempadan Thailand atas alasan mengelak dari mahkamah atau tidak mahu isteri pertama tahu. Sekiranya mahu poligami, buat permohonan poligami di Mahkamah Tinggi Syariah dan nyatakan alasan serta kemampuan di situ,” kata Fahmi.
Sumber: TikTok @drmashitah_official, OMM
Leave a Reply