“hanya yang termahal sahja untuk Anju”-Harga Cincin Kahwin Zarina Anjoulie Beli Tarik Perhatian Ramai

Umum mengetahui pelakon, Zarina Anjoulie sedang bahagia menjalin hubungan cinta dengan teman lelakinya Datuk Seri Khazrul Elzey dan bakal berkahwin tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada berkongsikan video membeli cincin kahwin bersama bakal suaminya dan kedua ibu bapanya.

Menerusi video tersebut, Anju dilihat teruja serta sempat menghadiahkan gelang emas buat ibunya, Norzaini Abdul Hamid serta mengucapkan terima kasih pada bakal suaminya.

Turut menjadi perhatian, Anju dilihat mahu memilih cincin lebih murah namun kekasihnya melarang serta mengatakan hanya yang termahal sahja untuk Anju.

Difahamkan, Anju bakal dirisik pihak bakal suaminya pada Sabtu ini namun belum berkahwin tarikh pernikahan mereka.

"

Video dikongsikan Anju mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira serta ada yang mendakwa cincin dipilih bakal suami Anju itu berharga RM200,000. Sementara itu di Insta Story, pelakon itu dilihat ada memuat naik gambar cincin berkenaan berserta tanda harga.

Sebelum ini, Zarina berkongsi berita gembira apabila dilihat sudah menempah baju perkahwinan di butik pengantin untuk hari bahagianya.

‘Kalau Anju Marah, Anakanda Keluar Sekejap Rumah Jangan Lawan’ – Zarina Anjoulie Cucu Kerabat Diraja?

Di TikTok, viral beberapa rakaman video di mana pelakon, Zarina Anjoulie dilihat membawa kekasihnya, Datuk Sri Khazrul Elzey berjumpa dengan keluarga sebelah bapanya. Lebih mencuri perhatian, Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju merupakan cucu kepada kerabat diraja negeri Kelantan iaitu Y.M Tengku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.

Keluarga sebelah bapa

Keluarga sebelah bapa Anju. Terima kasih Daddy Fahizul bawa saya bertemu nenda Anju, Y.M Tunku Datuk Farida Ibni Sultan Ibrahim.

Menerusi video tersebut juga, nenda kepada Anju turut memberi nasihat kepada Elzey agar banyak bersabar apabila sudah berumah tangga dengan cucunya, kelak.

Terima kasih Mak Engku (nenda) nasihat Mak Engku kepada anakanda ‘Kalau Anju marah anakanda keluar sekejap rumah jangan lawan jangan gaduh kena bersabar’. InsyaAllah Nenda, anakanda akan menjaga Anju cucu nenda dengan baik.

Pada masa yang sama, Elzey turut berterima kasih kepada keluarga Anju kerana menerima baik kedatangannya.

Terima kasih kepada Tengku Cik, Nik Fazirudean dan Nik Faris. Thank you very much to wish me welcome in your family’s. I love you all till Jannah.

SUMBER CARI FORUM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*