MESKIPUN diduga dengan kemelut rumah tangga bersama isteri Puteri Sarah Liyana, pengarah Syamsul Yusof masih lagi meneruskan kerja-kerja penggambaran filem terbaharunya, The Original Gangster.
Biarpun sibuk di lokasi penggambaran, Syamsul, 39, dilihat ‘sporting’ melayan peminat yang ingin merakamkan foto bersamanya.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian video seorang peminat di TikTok mencuri perhatian netizen kerana susuk tubuh Syamsul yang dilihat berbeza dan semakin kurus.
Syamsul kini sibuk di set pengambaran filem The Original Gangster.
Rata-rata peminat meluahkan kerisauan melihat keadaan fizikal pengarah filem Mat Kilau itu.
“Air muka macam banyak masalah dia fikir. Macam susut je badan. Tapi tetap sporting layan peminat.
“Besar betul dugaan Sol ni. Semoga dipermudahkan. Ujian untuk dia. Tengok muka pun macam banyak pendam masalah. Sedih pula tengok.
“Kurus dah. Kusut nampaknya. Semoga dipermudahkan urusan mereka,” tulis netizen.
Terdahulu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan bapanya, Kazar Saisi.
Antara komen-komen peminat yang risau melihat keadaan Syamsul.
Susulan daripada pendedahan itu, isteri pertamanya, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, memfailkan permohonan cerai secara baik pada pada 16 Januari lalu.
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.
Ramai tersentuh Syaikhul cium tangan Puteri Sarah
LAKUKAN dan kongsilah apa sahaja dalam media sosial, lebih-lebih selepas krisis rumah tangganya bersama Syamsul Yusof sudah memasuki drama mahkamah. Itulah kehidupan yang sedang dilalui pelakon Puteri Sarah Liyana ketika ini.
Terbaharu, video bersama anak lelakinya mencuri perhatian ramai apabila Syaikhul Islam mencium tangan Sarah ketika diminta memberikan high five.
Dalam video berkenaan, Sarah dan Syaikhul melakukan high five semasa mempromosikan satu produk makanan, namun anaknya itu terus memegang tangan ibunya lalu dicium dengan penuh rasa kasih sayang.
“Cepatlah high five,” kata Sarah ringkas.
Rata-rata netizen sebak melihat tindakan Syaikhul yang seperti sangat memahami masalah ibunya.
Difahamkan, adegan tersebut sebahagian daripada kandungan video promosi satu jenama makanan.
Video tersebut meraih pelbagai reaksi ramai yang rata-ratanya berasa sayu dan tersentuh hati melihat kasih sayang seorang anak lelaki terhadap ibunya.
“Dia seperti tahu kesakitan ibunya, jaga keluarga ya sayang,” komen netizen.
“Mungkin dia masih belum faham sepenuhnya tetapi kasih sayang terhadap ibunya sangat besar, insya-Allah akan jadi anak yang baik,” kata seorang lagi penyokong Puteri Sarah.
Setakat dua hari lepas, video yang tular dalam TikTok itu ditonton sebanyak 1.9 juta kali dan mendapat lebih 100,000 tanda suka.
Untuk rekod, Syamsul mendirikan rumah tangga bersama Sarah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5
Leave a Reply