Uncategorized

Berdiam Diri Masa Puteri Sarah Failkan Penceraian.. Tiba2 Syamsul Luah “always love”.. Dia Beritahu Tuju Kat Siapa Sebenarnya

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang kenyataan susulan isterinya, Puteri Sarah Liyana memfailkan tuntutan cerai, pagi tadi.

Cubaan pihak media menghubungi pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak berhasil apabila Syamsul tidak menjawab panggilan dan membalas pesanan WhatsApp.

Syamsul sebaliknya, hanya memuat naik gambar dua anaknya, Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah, 3, hasil perkahwinan dengan Puteri Sarah di Instagram Story, sebentar tadi bersama catatan ringkas: Always love (Sayang sentiasa).

Syamsul pada masa sama, turut memuat naik petikan video pendek filem baharu arahannya, The Original Gangster yang menampilkan beberapa pelakon popular seperti Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad dan Hairul Azren.

Pagi tadi, Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dengan ditemani dua adiknya dan peguam, Datuk Akberdin Abdul Kader bagi memfailkan perceraian terhadap Syamsul.

Konflik rumah tangga pasangan yang mendirikan rumah tangga sejak 8 Mac 2014 itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Syamsul sebelum ini, memaklumkan sedang berusaha membaiki hubungannya dengan Puteri Sarah, malah meminta isteri pertamanya itu pulang ke rumah dan berbincang mengenai kemelut rumah tangga mereka.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, Kazar Saisi melalui video di Instagram.

Pengakuan itu mengundang reaksi negatif daripada orang ramai termasuk ibu bapa Syamsul yang tidak merestui perkahwinan kedua anak sulungnya itu.

Syamsul sibuk hasilkan filem baharu, netiz3n wanita pula sepakat nak b0ikot ramai2?

Berjudul The Original Gangster meskipun bedepan dengan kemelut rumah tangga bersama isterinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Puteri Sarah.

Pun begitu, baru-baru ini, menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @therockmalaysia30 di laman TikToknya, kelihatan beberapa pelakon terkemuka seperti Datuk Rosyam Nor sedang berada di set penggambaran bagi filem tersebut.

Para wanita sepakat nak b0ikot?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya dalam kalangan wanita meluahkan rasa tidak puas hati mereka berikutan dengan isu yang sedang hangat berlaku sekarang dan membuat keputusan untuk tidak menyokong filem terbaharu pengarah terbabit.

Difahamkan, filem aksi termahal di Malaysia itu menampilkan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra, Datuk Rosyam Nor, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Nas-T dan ramai lagi.

Terdahulu, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan dia sudah menikahi wanita yang dikenali sebagai Ira Kazar di Thailand bahkan, isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah telah bernekad untuk memfailkan penceraiannya pada Isnin ini.

Sumber:Omm

kredit: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *