Uncategorized

“Bukan RM150 ke? Dia boleh cakap RM100”-Sepatutnya Duit Bantuan Dpt RM150, Tapi Ibu Ini Dpt RM100 Sahaja. Bila Ibu Ini Bersemuka Dgn Cikgu Ini Yg Berlaku

BELUM reda insiden kehilangan wang Bantuan Awal Persekolahan (BAP) berjumlah lebih RM100,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah akibat disamun, timbul pula isu lain membabitkan proses pembayaran wang berkenaan.

Umum mengetahui peruntukan BAP yang diumumkan kerajaan adalah sebanyak RM150, namun terdapat dakwaan ibu bapa hanya menerima bayaran RM100.

Berdasarkan satu video di TikTok, seorang ibu mendakwa guru di sekolah anaknya berlaku tidak jujur apabila hanya menyerahkan bayaran BAP sebanyak RM100, iaitu kurang RM50 daripada yang janjikan.

Menerusi video berdurasi hampir 3 minit itu, dia menyedari perkara itu semasa hadir untuk menuntut wang BPA bagi ketiga-tiga anaknya yang belajar di sekolah sama.

“Hari ini saya pergi ambil duit bantuan awal persekolahan tu. Setiap murid dapat RM150. Kat sekolah tu ada tiga anak, saya pergi hari ini.

“Kelas pertama anak saya yang darjah lima, betul dapat RM150. Kemudian saya ke kelas nombor dua, anak yang bongsu darjah dua. Cikgu lelaki… dia bagi kat saya RM100,” katanya tanpa mendedahkan lokasi sekolah tersebut.

Tangkap layar grup WhatsApp mengenai segelintir ibu bapa mendakwa hanya menerima BAP berjumlah RM100.

Sangsi dengan jumlah yang diterima, wanita dikenali sebagai Shuhada itu bertanya tentang jumlah sebenar yang sepatutnya diterima setiap murid iaitu sebanyak RM150.

“(Dia cakap) tak, RM100. Aku tak cakap banyak, aku ambil. Aku tulis surat apa semua, aku ambil,” katanya yang kemudian ke kelas anaknya yang seterusnya.

Di kelas anaknya yang merupakan murid tahun enam, Shuhada bertanya kepada guru perempuan bagi mendapatkan kepastian berhubung jumlah BAP.

“Cikgu, saya nak tanya bantuan awal ni bukan RM150 ke? Cikgu tu jawab ye puan, RM150.

“Masalahnya, cikgu tadi tu dia bagi kat saya RM100. Kalau ada penolakan duit PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) atau apa-apa ke, kena cakap,” ujarnya lagi.

Aduannya itu ternyata mengejutkan guru berkenaan yang kemudian bertindak berjumpa dengan guru di kelas anaknya yang didakwa hanya memberikan BPA RM100.

“Saya pun pergi. Cikgu tu (yang didakwa) dengan muka tak bersalah keluarkan duit daripada fail dan beri kepada cikgu perempuan dan cikgu perempuan beri kat saya RM50.

“Lepas tu aku cakaplah, cikgu fikir sendiri la, saya tanya… bukan RM150 ke? Dia boleh cakap RM100. Kalau dia silap, tak logik kot,” katanya.

Wanita itu kemudian berhasrat untuk menceritakan insiden yang berlaku di grup WhatsApp dalam kalangan ibu bapa murid-murid sekelas anaknya, rupa-rupanya terdapat waris lain yang lain turut bersuara mengenai isu sama.

Antara komen netizen.

“Dah ada mak bapa yang bersuara. Katanya kenapa bantuan ni dapat RM100, ada yang dapat RM150? Nampak sangat cikgu tu macam nak songlap (ambil) duit.

“Dah la awal tahun ni ada kes cikgu kena samun duit,” kata Shuhada yang berkongsi tangkap layar perbualan grup WhatsApp ibu bapa yang turut mendakwa segelintir murid menerima BAP RM100.

Susulan pertikaian itu, dalam grup WhatsApp sama, seorang guru meminta ibu bapa yang hanya menerima BAP RM100 supaya datang semula untuk menuntut baki RM50.

mStar menghubungi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi pegawainya dan masih menunggu maklum balas berhubung dakwaan tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan wanita berkenaan.

“Adoi, cikgu pun tak jujur. Masuk poket la tu.

“Kalau 20 murid, cikgu ambil RM50… RM1,000 dapat sehari. Adoi cikgu-cikgu, kan kerajaan kata bagi RM150, tak kan la tak tahu,” demikian antara komen netizen.

Pada Isnin lalu, seorang guru besar berputih mata apabila wang BAP berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya di Semenyih dalam kejadian pukul10 pagi.

Sumber : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *