Uncategorized

Ibu Syamsul masih marah, dia beritahu kenapa dia anggap Ira wanita kej4m

SELEPAS seminggu pengarah Syamsul Yusof mengumumkan sudah bernikah dua, ibunya iaitu Datin Patimah Ismail masih berterusan menulis status tidak menerima kehadiran menantu baharunya iaitu Ira Kazar.

Terbaharu, Patimah menyifatkan Ira sebagai seorang wanita kejam yang menyebabkan kedua-dua cucunya kehilangan seorang bapa.
“Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam.

Puteri Sarah Liyana bersama Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

“Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu,” luahnya.

Patimah menulis luahan itu dalam satu perkongsian di Insta story miliknya pada Sabtu.

Bersama status tersebut, isteri kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini juga memuat naik gambar dua anak Syamsul hasil perkahwinan bersama isteri pertama iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana.

Kami tidak akan maafkan Kazar …” – Ibu Syamsul Yusof

BEREDAR satu paparan skrin tertera komen yang difahamkan ditulis oleh ibu kepada pelakon dan pengarah kontroversi Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail.

Dalam kenyataan yang tular itu, Patimah meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pelakon veteran, Kazar Saisi yang membantu anak perempuannya, Ira Kazar bernikah dengan Syamsul.

“Kami keluarga Syamsul tidak akan memaafkan Kazar yang membantu anaknya berkahwin dengan Syamsul dan telah merosakkan rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan anak-anak mereka!


“Namun, kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu,” demikian tulisnya.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mengumumkan sudah bernikah dengan Ira di Thailand selepas hubungan mereka menjadi spekulasi dalam kalangan peminat sejak tahun lalu.
Pelbagai respons termasuk kecaman dilemparkan kepada pengarah filem Mat Kilau itu kerana sanggup memadukan Sarah.

Patimah antara individu yang sering meluahkan perasaan kecewa dan menganggap Sarah sebagai seorang wanita teraniaya.

Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *