Uncategorized

“Kalaulah pasangan Ayda Jebat adalah Ira Kazar”-Azhar Sulaiman Tempelak Balik Janna Nick

Terdahulu, pelakon terkenal, Azhar Sulaiman menegur produksi Famili Duo supaya tak menjadikan perkahwinan salah seorang peserta, Fyna Jebat bersama Datuk Zainal Abidin Hassan sebagai jenaka.

Dalam hantaran itu, Azhar atau lebih mesra disapa Mami memohon hati isteri pertama, Datin Zalina Zaini yang merupakan anak saudaranya dijaga.

Tak berhenti di situ, Janna Nick tampil dengan kenyataan balas berkata dia perlu mempertahankan diri selepas dirinya didakwa menjadi punca tercetusnya pergaduhan Fyna dan madunya.

Tambahan pula, pihak yang menuduhnya itu adalah seorang pelakon veteran dalam industri.

Terbaru, Azhar tampil menempelak Janna Nick berkata dia menonton rancangan Famili Duo daripada minggu pertama lagi.

Pelakon drama Keluarga Iskandar ini turut memetik nama Ira Kazar kerana Janna Nick dilihat mempertahankan Puteri Sarah ketika isu mereka sedang panas baru-baru ini.

Kalaulah pasangan Ayda Jebat adalah Ira Kazar. Adakah awak akan tanya soalan dan ambil pendekatan yang sama? Saya sedih kalau awak fikir saya terlalu cetek untuk menilai. Saya bukan sekadar pelakon.

Pelakon ini mempersoalkan mengapa setiap minggu Fyna diusik soalan berkenaan perkahwinan rahsianya.

Terdahulu PELAKON dan pengacara Janna Nick meluahkan rasa bengang apabila ada yang menuduhnya menjadi punca perbalahan antara peserta Famili Duo iaitu Fyna Jebat dengan madunya, baru-baru ini.

Kata Janna atau Nurul Jannah Muner, 27, apa yang membuatkan dia lebih kesal apabila ada rakan artis turut mengaitkan namanya seolah-olah dia menjadi punca berlakunya konflik rumah tangga penyanyi berkenaan.

“Saya okey kalau yang mengata itu adalah netizen. Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta dan konon saya sengaja nak sakitkan hati isteri pertama kepada si polan, saya jadi marah.

“Walhal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama dan masalah rumah tangga yang dilalui mereka. Konon saya pula punca berlakunya kejadian tarik-menarik rambut,” katanya.

Janna menjelaskan mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Rabu.

Bersama hantaran tersebut, dia turut memuat naik satu klip rakaman temu bual bersama Fyna ketika program Famili Duo berlangsung pada Ahad lalu.

Ketika rancangan tersebut berlangsung, Janna secara bergurau bertanyakan kepada Fyna adakah dia sukar tidur malam disebabkan menemani suaminya iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan menonton perlawanan bola sepak.

Soalan tersebut dipercayai sekadar usikan kepada Fyna selepas kisah pernikahan dia dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan itu menjadi bualan netizen.

Sementara itu, Janna memberitahu soalan peribadi sedemikian adalah perkara biasa memandangkan rancangan berkenaan berkonsepkan kekeluargaan.

“Rancangan Famili Duo memang berkonsepkan keluarga. Memang soalan tentang suami, anak, isteri, ibu dan ayah acap kali ditanya. Tambah lagi kalau suami mereka agak dikenali.

“Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah pun menyakitkan hati. Sebagai pengacara, saya akui segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri dan yang baik itu dari Allah,” ujarnya.

Dalam perkongsiannya itu, Janna turut memuat naik paparan skrip yang telah disediakan oleh produksi mengandungi soalan-soalan yang perlu ditanyakan kepada peserta program berkenaan.

Janna menunjukkan paparan skrip yang perlu dibaca sebagai pengacara.

Apa pendapat korang pula?

Kredit: Instagram Azhar Sulaiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *