Uncategorized

Keluarga bahagia, kenali Syafiq Yusof, “Bahagia, berjaya, low profile dan rendah diri orangnya”

Datuk Yusof Haslam antara pelakon, pengarah dan penerbit yang disegani di tanah air. Bukan senang nak cipta nama seperti mana yang diraih oleh Yusof Haslam ni.

Kejayaan yang dikecapi oleh Yusof Haslam ini diikuti oleh anak sulungnya Syamsul Yusof, yang bergelar pelakon, pengarah serta penerbit yang kini sedang berada di top terutama selepas filem Mat Kilau.

Namun tak lupa juga dengan anak bongsunya iaitu Syafiq Yusof. Walaupun kurang dikenali sebagai pelakon, namun Syafiq amat berjaya sebagai pengarah.

Pada umurnya 30 tahun, banyak juga naskah arahan Syafiq yang menjadi hit di panggung wayang.

Antaranya ialah filem yang terkenal ialah Saya Amat Mencintaimu, Desolasi, Abang Long Fadil dan Penunggang Agama.

Namun filem paling hit ialah Abang Long Fadil 3 dengan kutipan RM25juta, Abang Long Fadil 2 (RM18 juta), KL Special Force (RM12 juta) dan Misteri Dilaila dengan RM9juta.

Bukan itu saja, kerana kehebatannya, Syafiq Yusof telah dipilih menjadi pengarah untuk filem Polis Evo 3 yang amat berjaya di Malaysia.

Untuk kisah peribadinya, Syafiq Yusof seorang yang amat sederhana dan tidak terpalit dengan sebarang isu sepanjang berada di dunia seni.

Berkahwin pada tahun 2014 dengan wanita pilihan bernama Aesah Zainal, Syafiq hidup dengan tenang dan bahagia bersama dua orang anaknya.

Berita baik sedang diterima apabila isterinya Aesah Zainal kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Keperibadian Syafiq yang amat low profile dan rendah diri ini amat dipuji orang ramai.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Perumpamaan ini sangat sesuai ditujukan kepada pengarah generasi baharu, Syafiq Yusof yang mengikut jejak langkah ayahnya iaitu Datuk Yusof Haslam dalam dunia seni hiburan tanah air.

Lahir dalam keluarga seni, pengarah muda dan berbakat besar ini juga merupakan adik kepada sutradara tersohor negara, Syamsul Yusof.

Jejaka berusia 25 tahun ini memulakan langkah pengarahannya ketika berusia belasan tahun. Antara filem yang pernah diarahkan olehnya adalah Villa Nabila, Abang Long Fadil, Abang Long Fadil 2, Saya Amat Mencintaimu (SAM), Desolasi dan Mat Motor.

Filem arahan terbaharunya iaitu KL Special Force yang turut dibintangi Fattah Amin dan Tania Hudson dijangkakan bakal ditayangkan pada Mac 2018.

Di samping mengarah, anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut berlakon dalam beberapa drama arahannya termasuklah Gerak Khas dan Cinta Dari Marikh.

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan figura berbintang Sagittarius ini.

Biodata Ringkas Syafiq Yusof

Nama Penuh: Mohd Syafiq Mohd Yusof

Nama Komersil: Syafiq Yusof

Umur: 25 Tahun (2017)

Tarikh Lahir: 7 Disember 1992

Zodiak: Sagittarius

Asal: Kuala Lumpur

Adik Beradik: Anak bongsu daripada empat beradikKerjaya: Pengarah & Pelakon

Status: Berkahwin

Agama: Islam

Bangsa: Melayu

Warganegara: Malaysia

Pengarahan:

1. Filem – Abang Long Fadil 2, Abang Long Fadil, KL Special Force, Desolasi, Villa Nabila, Mat Motor, Saya Amat Mencintaimu (SAM).

2. Drama – Cinta Dari Marikh, Evolusi KL Drifts: The Series, Gerak Khas & Roda-Roda Kuala Lumpur.

Anugerah & Pencapaian :

Pengarah Terbaik di Anugerah PROFIMA 2017.

Pengarah Harapan Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-29 (2017).

Trivia Menarik Tentang Syafiq Yusof

Syafiq menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pujaan hati, Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 selepas mengikat tali pertunangan pada 23 Disember 2012.

Hasil perkahwinan tersebut, Syafiq dan isteri dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Nur Jannah.

Merupakan sepupu kepada Fattah Amin, Miller Khan, Aliff Ali, Farali Khan dan Isa Khan.

Beliau adalah adik ipar kepada aktres dan usahawan fesyen muslimah, Puteri Sarah Liyana.

Graduan dari Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC).

Jejaka ini turut diiktiraf sebagai Pengarah Termuda oleh The Malaysia Book Of Records (MBOR) selepas mengarahkan filem berjudul Saya Amat Mencintaimu (SAM) pada usia 18 tahun.

Filem arahannya iaitu Abang Long Fadil 2 dinobatkan sebagai Filem Terlaris Malaysia 2017 dengan meraih kutipan sebanyak RM17.8 juta.

Turut menjalankan bisnes berasaskan minyak argan dibawah jenama Luxone Argan Oil yang bermanfaat untuk penjagaan rambut, kulit dan kuku.

Selain ayahnya, Syafiq juga mengagumi kejayaan usahawan komestik negara, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu pengasas kepada D’Herbs.

Setakat ini, Syafiq memiliki seramai 44,000 pengikut di Instagram dan lebih 50,000 pengikut di Twitter miliknya.

Ini antara komen dari peminatnya.

Lindalicious menulis: “Syafiq low ni profile sungguh, di event pun pakai baju tshirt je.”

Hayati Shafi pula memberi komen: “Syafiq lebih matang dan bijak. Memang humble saja nampak dia ni.”

Ini antara beberapa gambar terkini family Syafiq Yusof.

Isteri Syafiq Yusof sedang hamil anak ketiga

Semoga kehidupan bahagia Syafiq Yusof dan isteri, Aesah Zainal, serta anak-anak akan terus kekal dan semoga urusan anak ketiga akan dipermudahkan, amin.

kredit: https://news-tel.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *