Hiburan

Puteri Sarah Beritahu Dia Bukan Anti Poligami, Akhirnya Ini Keputusan Yang Dia Buat

Shah Alam: Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, menepis dakwaan anti poligami susulan kenyataan tidak rela bermadu selepas suaminya, Syamsul Yusof membuat pendedahan bernikah dengan Ira Kazar, baru-baru ini.

Puteri Sarah menyifatkan, keputusannya memfailkan perceraian, Isnin ini dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.

“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami.

“Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.

“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri barunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu berkata, selain nekad memfaikan perceraian, dia juga reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya.

“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.

“Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.

“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda.

“Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” ungkap Puteri Sarah.

‘Sekarang Dia Berkiblatkan Keluarga Kazar! Tak Tahu Apa Sudah Jadi Pada Dirinya’ – Ibu Syamsul Yusof

Ibu kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail memaklumkan dia sedia memaafkan anak lelakinya itu namun tidak bagi keluarga Ira Kazar yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

‘Saya tidak akan maafkan keluarga Kazar’

Memetik laporan Harian Metro, Datin Patimah memaklumkan dia reda jikalau anak lelakinya itu menyebelahi keluarga isteri keduanya yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi iaitu Ira Kazar.

Seorang ibu sentiasa memaafkan anak yang dilahirkannya. Namun saya tidak akan maafkan keluarga Kazar atas perbuatan mereka kepada menantu saya!

Bercerita dengan lebih lanjut, Datin Patimah mendedahkan kali terakhir Syamsul menghubunginya dengan memaklumkan mengenai pernikahan keduanya pada awal bulan lalu. Selepas daripada itu, Syamsul dikatakan tidak cuba menghubunginya.

Dia hanya ada ‘WhatsApp’ beritahu sudah nikah. Sekarang dia berkiblatkan keluarga Kazar! Tak tahu apa sudah jadi pada dirinya. Hanya kepada Allah saya berserah.

Apabila ditanya mengenai kenyataan yang pernah dikeluarkan di media sosial, Datin Patimah menganggap apa yang dikatakannya itu adalah satu kebenaran.

Salahkah apa yang saya luahkan? Itu kebenarannya. Kalau salah, makin ramailah perosak rumah tangga orang. Biar Allah hukum mereka-mereka ini.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *