Hiburan

Raja Azmi berpendapat babak p4nas dalam filem Pulau tak payah heboh

Penerbit terkenal, Raja Azmi berpendapat babak panas dalam filem Pulau yang sedang hangat diperkatakan ramai itu tidak perlu dihebohkan.

Memetik Getaran, Raja Ami berkata ia mewakili realiti sesetengah masyarakat di Malaysia yang hidup berbilang bangsa.

Raja Azmi turut menyangkal dakwaan yang mengatakan adegan yang dipaparkan terlalu mahu mengikut standard filem barat yang boleh menjatuhkan moral golongan muda di negara ini.

“Apa salahnya ada babak itu dalam filem tersebut? Filem ialah tafsiran kehidupan. Apa yang dipaparkan di filem mencerminkan apa yang terjadi di luar sana. Jika babak itu memaparkan orang berbikini tayang itu dan ini, semua itu memang sudah ada di media sosia,” katanya.

Tambah Raja Azmi lagi sifat tiru meniru sudah sebati dalam kehidupan orang ramai dan jika babak tersebut ditapi sekalipun, boleh sahaja ditonton di mana-mana platform lain termasuk di media sosial.

“Jika nak kata kita meniru budaya barat, kita memang hidup tiru-meniru. Kita pun tiru sunnah nabi. Kalau ada nak tiru budaya Barat yang pendapat saya tak semuanya teruk, terpulanglah. Cuma jangan jadikan filem sebagai alasan seolah-olah ia penyebab anak-anak kita jadi teruk.

“Jika kita nak tapis babak panas itu sekalipun, mereka tetap akan jumpa juga di YouTube atau media sosial. Jangan jadikan filem sebagai alasan sehingga perlu disekat-sekat. Ia tidak relevan,” katanya.

Dalam pada itu, Raja Azmi berharap penonton memahami filem tersebut dihasilkan oleh pengarah bukan beragama Islam dan babak panas dilakonkan oleh mereka yang bukan Islam.

“Filem itu pun dihasilkan oleh orang bukan Islam dan dilakonkan oleh orang bukan Islam. Apa salahnya mereka nak buat begitu? Memang itu cara hidup sesetengah masyarakat di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, trailer filem tersebut hangat diperkatakan apabila didakwa mempunyai unsur lucah dan ‘soft porn’ serta tidak sesuai ditayangkan di Malaysia.

Reaksi netizan

“Hingga kini karya mamat khalid,rashid sibir antara naskah yang tak perlu menyentuh sensitiviti budaya dan agama masyarakat timur. Namun berjaya menarik penonton serta dapat manfaat dan pengajaran dari naskah mereka. Kontroversi pun tak diperlukan kerana naskah mereka sudah cukup kuat untuk ditayangkan untuk tontonan umum..”

kredit:rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *