Entertainment

“‘rate’ Mat Kilau 5/5 bintang, boleh ‘rate’ karya aku kali ni 1/5 ‘s***’! Serendah itu”-Syafiq Yusof

Kuala Lumpur: Pengarah, Syafiq Yusof menegaskan pengkritik filem popular, Zhaf atau Zhafvlog tidak boleh dibeli dengan wang mahupun jiwa untuk memberikan kritikan positif terhadap sesuatu filem.

Syafiq berkata demikian bagi menjawab komen netizen di Twitter yang mencadangkan Syafiq ‘membayar’ Zhaf untuk memberi kritikan positif untuk karyanya.

Ini berikutan Zhaf memberikan ‘rating’ 1/5 untuk siri terbaru arahan Syafiq iaitu Special Force : Anarchy yang sedang ditayangkan.

“Zhaf tak boleh dibeli, tak boleh dibeli dengan duit mahupun dengan jiwa. Semua orang industri tahu perkara ini. Itu satu benda yang aku hormat dengan dia, tak boleh dinafikan,” tulis Syafiq.

Terdahulu, Syafiq meluahkan di Twitter bahawa dia tidak menyangka Zhaf akan memberikan kadar 1/5 ‘najis’ untuk Special Force : Anarchy.

“Jujur aku tak sangka orang yang boleh ‘rate’ Mat Kilau 5/5 bintang, boleh ‘rate’ karya aku kali ni 1/5 ‘s***’! Serendah itu Zhaf? Tak apa, aku terima ulasan kau dengan hati yang terbuka. Lain orang, lain cita rasa. Terima kasih hadir tayangan perdana episod pertama Special Force Anarchy,” tulisnya.

Syafiq kemudiannya memadam ciapan itu dan memuat naik ciapan permohonan maaf, sekali gus akan berusaha memperbaiki kesilapan dalam karya-karyanya di masa akan datang.

“Aku memang sepatutnya terima segala kritikan terhadap karya aku. Akan terus perbaiki kesilapan-kesilapan dalam karya di masa akan datang. Maaf semua,” tulisnya.

Zhafvlog Akui Sudah Penat, Pengulas Filem Terkenal Sedia Terima Pasangan Hidup

Kalau korang suka tengok filem mesti cukup kenal dengan nama Zhafvlog yang sentiasa keluarkan ulasan filem terbaru di YouTube Pure Pixels. Ohmedia sendiri boleh dikatakan wajib dengar ulasan dari Zhaf dulu sebelum layan filem tu dekat pawagam.

Apapun sekarang kita bukan nak cerita pasal ulasan filem tapi kita nak ulas tentang jodoh. Kenapa dengan jodoh? Aha, kalau korang nak tahu, Zhafvlog atau nama sebenarnya Zhafran Zulkifly masih bujang dan sedang mencari pasangan hidup.

Target nak kahwin umur 30 tahun

Hasrat untuk mencari pasangan hidup itu dikongsikan Zhaf di Twitter dan menyatakan dirinya sudah sedia untuk bergelar suami. Zhaf turut menyenaraikan ciri-ciri isteri yang diinginkan dan yang paling penting dapat hormat ibunya.

Rajin lipat kain dan mengemas! Orang perempuan mesti suka lelaki macam ni kan kan….?

Zhaf yang meminta jasa baik @TwtJodohMY turut meletakkan nota ringkas tentang diri dan keperibadiannya. Zhaf menyatakan usianya kini mencecah 29 tahun dan merupakan anak bongsu tapi jangan risau sebab Zhaf akui dirinya bukanlah lelaki yang boleh disamakan dengan ‘biawak hidup’. Sebagai jaminan, Zhaf sekarang dah ada kereta dan dalam proses memiliki rumah sendiri.

Sentiasa ada di rumah, you can have my attention 100%. Curang? Nak dapat sorang pun payah mat. Jangan risau, aku takda rupa dan mulut tak manis, so takda siapa nak rampas. – Katanya.

Whosoever holds the heart of Zhafran, if she be worthy, shall possess the power of love for eternity.

Minta jasa baik @TwtJodohMY honestly I’m tired… pic.twitter.com/VHOI9lgRyZ

— #ZHAFVLOG pengabdi setan (@zhafvlog) August 1, 2022
Kalau kenal Zhaf depan-depan, tak sangka….

Untung siapa dapat miliki hati seorang Zhaf

YouTube je mulut puaka

Ohmedia doakan agar Zhaf ditemukan seorang wanita yang dapat melengkapi dan membuatkan Zhaf lebih maju jaya di masa hadapan. Amin. Jadi untuk kaum hawa diluar sana yang masih tercari-cari calon suami dan sekufu dengan Zhaf, bolehlah cuba kenali antara satu sama lain ok.

Kredit: Twitter, omm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *