Uncategorized

Satu per satu penjaga hadir, mengambil wang bantuan, tapi kisah murid ini buat ramai simpati

BANTUAN Awal Persekolahan (BAP) yang diperuntukkan kerajaan membuatkan ibu bapa menarik nafas lega kerana sedikit-sebanyak mampu meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung.

Proses pembayaran wang BAP sudah bermula, dan ibu bapa serta penjaga mula hadir ke sekolah untuk mengambil bayaran sebanyak RM150.

Namun di sebalik keterujaan mendapat bantuan, ada kisah sedih yang tidak disangka-sangka.

Perkara itu dikongsi oleh seorang guru yang lebih dikenali sebagai Farhad Hassan.

“Meriah lain macam sebab sebelum ni hanya murid yang ditapis pendapatan ibu bapanya akan menerima bantuan. Tapi kali ni? Semua pelajar layak untuk menerima.

“Satu per satu penjaga hadir, mengambil wang bantuan, dan membawa pulang anak kecil ke rumah,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook.

Farhad berkata, dia bagaimanapun menyedari terdapat seorang murid yang akan melambai kepada setiap seorang rakannya yang pulang.

“Sebab aku tahu, setiap kali ada program sebegini, mesti dia antara yang terakhir pulang.

“Akhirnya, semua murid lain pulang bersama ibu bapa, dan tinggallah dia berseorangan,” katanya.

Berbaki kira-kira 20 minit sebelum tamat sesi persekolahan, Farhad memanggil murid berkenaan dan memulakan perbualan dengan ‘temuramah’.

“Adik-beradik tujuh orang. Lima orang bersekolah, yang sulung darjah enam. Yang bongsu masih bayi.

Tabahnya hati si anak kecil. Kuatnya anda.
FARHAD

“Arwah ibu dan ayah telah ‘pergi’ hampir tiga tahun lalu. Kedua-dua akibat penyakit.

Sekarang dibela oleh makcik dan pakcik, juga mempunyai lima anak sendiri. Pakciknya mencari rezeki jauh di luar kawasan,” katanya.

Menurut murid tersebut, ibu bapanya masing-masing meninggal dunia akibat sakit buah pinggang dan sakit jantung.

Perbualan mesej antara guru dan isterinya menerusi WhatsApp.

Kanak-kanak ini berusia sembilan tahun dan bergelar anak yatim sejak berusia enam tahun.

Tambah guru itu, ibu saudara kepada murid itu mungkin menghadapi kekangan yang tidak dapat dielakkan untuk hadir di setiap kelas bagi mengambil wang bantuan.

“Tabahnya hati si anak kecil. Kuatnya anda, besarnya pahala makcik dan pakcik yang sanggup membela dan menjaga awak adik-beradik sekeluarga.

“Saya doakan semoga awak dipermudahkan segala urusan, dan menjadi seorang pelajar serta manusia yang berjaya dan bermanfaat kepada orang lain, serta dapat membalas jasa makcik pakcik awak suatu hari nanti,” tulisnya Facebook.


Perkongsian guru itu menyentuh hati netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang dialami murid berkenaan.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *