Uncategorized

‘Saya Bercakap Perkara Betul & Pernah Tular Sebelum Ini’ – Baru Je Minta Maaf, Sekali Atu Zero Luah Rasa

Umum mengetahui, penyanyi dan pelakon Nabila Razali berasa kecewa dengan tindakan pelawak Atu Zero yang ‘bergurau kasar’ ketika dalam program The Masked Singer Malaysia musim ketiga, baru-baru ini.

Terbaru, Atu atau nama sebenarnya, Sharid Kunal Doli Sharif, 31, mengakui menyesal atas keterlanjuran bicaranya dan sudah memohon maaf kepada Nabila menerusi mesej langsung (DM) yang dihantar ke IG.

Saya mohon maaf

Saya mohon maaf kepada Nabila dengan menghantar mesej langsung dalam IG selepas seorang individu memberitahu luahan hati Nabila yang kecewa dengan saya. Bagaimanapun, tiada respon daripada Nabila sehingga saat ini walaupun sudah melihat mesej yang saya hantar.

Menerusi laporan Berita Harian, Atu mengakui keterlanjurannya dan berharap komen tersebut dapat dijadikan pembakar semangat untuk Nabila memperbaiki mutu nyanyian.

Kata-kata saya memang salah, tetapi jika dilihat daripada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat agar dapat menyanyi lebih baik dalam persembahan secara langsung. Apa yang saya cakap adalah perkara betul dan ia juga pernah tular sebelum ini. Jadi, saya bercakap berdasarkan apa yang saya dengar dan lihat sebelum ini.

Pada masa yang sama, Atu berjanji akan lebih berhati-hati apabila membuat ‘punchline’ atau bahan jenaka supaya tidak menyinggung perasaan sesiapa pada masa akan datang.

Isteri bersuara isu persenda Nabila Razali, minta jangan anggap Atu Zero sombong – “

SUSULAN komen berbentuk sindiran yang dibuat Atu Zero menerusi program The Masked Singer Malaysia, isteri pelawak berkenaan iaitu Shafeeqa Johari turut memohon maaf di atas ketelanjuran kata suaminya kepada penyanyi Nabila Razali.

Shafeeqa berkata, Atu sekadar melawak namun sudah menegur sikap suaminya itu yang terlalu banyak membaca komen-komen warganet.

“Permulaan tahun baharu untuk kami. Misi bantuan kami pun tak viral begini. Atu… Atu, sebarang sahaja kamu ini. Banyak sangat baca komen netizen dia ini.

Minta maaf ya Nabila Razali. Dia melawak saja itu,” katanya.

Isteri Atu tampil mohon maaf bagi pihak suami.

Perkara itu dikongsi Shafeeqa menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan rakaman video Atu mengeluarkan komen tersebut selain rakaman pelawak itu sedang sibuk membantu mangsa bencana.

Dalam pada itu, Shaafeqa berkata, dia berharap orang ramai tidak menganggap Atu sebagai seorang insan yang sombong ekoran penularan video tersebut kerana pelawak itu sebenarnya seorang pemurah.

“Kami ini bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa. Ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yang bernama Atu ini.

“Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang susah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shafeeqa turut memuji bakat lakonan Nabila malah mengakui dia salah seorang peminatnya.

Banyak sangat baca komen netizen dia ini. Minta Maaf ya Nabila Razali.

“Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya. Saya pun tengok,” ujarnya.

Sementara itu, Atu memaklumkan telah pun meminta maaf secara peribadi kepada penyanyi berkenaan atas keterlanjuran tersebut.

“Saya sudah minta maaf. Apa-apa pun selamat tahun baru semuanya. Semoga dipermudahkan urusan semua,” katanya di ruang komen Instagram mStar.

Isteri Atu kata suami tidak sombong.

Melihat ke ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan komen yang dikatakan Atu.

Malah mereka turut memaklumkan agar artis berkenaan tidak sentap dengan komen sebegitu memandangkan itu adalah kebenaran.

“Betul apa yang Atu cakap itu. Walaupun sekadar melawak tapi netizen tahu apa yang Atu kata itu betul. Nak terasa kenapa dah memang dia tak boleh menyanyi.

Nabila luah rasa kecewa di Instagram.

“Saya sokong Atu, tolong jangan sentap memang banyak lagi pelawak lain yang jadikan artis lain sebagai bahan,” antara komen netizen.

Sebelum ini, penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa kecewa terhadap komen pelawak Atu Zero yang menyindir dia tidak boleh menyanyi secara live ketika muncul di The Masked Singer Malaysia pada malam Jumaat.

Kata Nabila, komen tersebut tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka di program televisyen.

Sumber: Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *