Uncategorized

Siti Bainun Sebak, Keseorangan, Semua Peguam Tarik Diri. Sekali Che Puan Khaleeda Bagi Satu Ayat Padu

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella kelihatan sebak di Mahkamah Sesyen di sini hari ini apabila dua lagi peguam yang mewakili kesnya turut menarik diri.

Dengan penarikan dua peguam tersebut iaitu Asiah Abd. Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan itu, bermakna pengasas Rumah Bonda ‘keseorangan’ apabila tidak lagi mempunyai peguam bela dalam kes bicara bela dirinya.

Semalam tiga peguam iaitu Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur ‘Aminahtul Mardiah Md. Nor turut menarik diri dalam kes tersebut.

Ketika prosiding, Hakim Izralizam Sanusi memaklumkan kepada Siti Bainun bahawa pihak mahkamah ada menerima notis penarikan diri kedua-dua peguam itu malam tadi.

“Saya dapat notis (penarikan diri) itu malam tadi pukul 9 malam. Saya bagi tarikh, kamu kena lantik peguam (peguam baharu) secepat mungkin,” kata hakim itu.

Pada masa sama, Hakim Izralizam turut menasihati Siti Bainun supaya melantik peguam yang lebih bertanggungjawab untuk mengendalikan kesnya.

“Sekadar seorang pun jika boleh kendali tiada masalah..kalau banyak firma pun berlaku macam ini (tarik diri) tidak beri manfaat kepada kamu juga. Bila seorang tarik diri, ‘team’ (kumpulan) juga tarik diri.

“Kalau dapat seorang pun sekiranya dia memadai dan bertanggugjawab dan boleh mengendalikan kes dengan baik… awak lantik,” kata hakim itu.

Tular Foto Siti Bainun & Peguam Layan Movie, Che Puan Khaleeda & Aktivis #JusticeForBella Tampil Bersuara!

Selepas tampil dengan kenyataan menafikan dirinya telah menarik diri dari kes melibatkan Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, peguamnya Nurul Hafidzah Hassan sekali lagi dilihat bersama anak guamnya itu menghadiri malam gala tayangan filem berjudul Eva yang berlangsung baru-baru ini.

Malah, foto yang tular di media sosial memperlihatkan kedua-duanya sedang merakamkan gambar bersama-sama mendapat perhatian isteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam dan beberapa aktivis Justice For Bella termasuklah selebriti, Iesya Toh.

Berdasarkan muat naik menerusi Instagram Stories (IGS),Che Puan Khaleeda meluahkan rasa kesal dan marah terhadap pihak yang terlibat, malah berharap agar hakim yang mewakili kes Bella dapat melihat sendiri kepalsuan yang ditunjukkan oleh individu tersebut.

“I detest them to the core. Saya harap hakim dapat melihat penipuan mereka,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang aktivis di kenali sebagai Aliff Ahamd turut mengulas status Che Puan Khaleeda

MENJUNJUNG KASIH CHE PUAN KHALEEDA (CPK)!

“Nampaknya CPK telah meluahkan perasaannya secara ikhlas dan jujur. Bukan sebagai seorang bakal permaisuri, tetapi sebagai seorang insan yang ada hati nurani yang insaf.

“Rasanya, apa yang dirasakan oleh CPK sama sahaja apa yang dirasakan oleh rakyat marhaen. Rakyat marhaen semua tahu yang segala move tarik diri apa semua itu drama nak tangguhkan kes.

Selain itu ia dilihat mempermainkan mahkamah dan hakim dengan menarik diri di saat akhir. Dalam masa yang sama mereka boleh bersama dan berjimba pada malam harinya.

“Perkara ini tidak perlu menjadi peguam untuk faham, mata hati dan nurani rakyat marhaen pun jelas nampak. CPK pun sebagai manusia biasa boleh nampak. Dan luahannya adalah luahan biasa seorang insan.

Tidak nampak dia nak mengganggu proses mahkamah pun. Yang mengganggu proses mahkamah ni mereka yang menyalahguna proses mahkamah seperti minta tangguh, tangguh dan tangguh.

Buat permohonan itu dan ini, rayuan itu dan ini. Tetapi nak tarik diri jadi peguam di saat akhir tiba-tiba tidak pandai ikut prosedur yang betul. Nampak sangat ia drama yang dibuat-buat.

Aku tak pelik kalau ada di kalangan peguam mereka yang menghina satu-satunya kerabat yang bangkit bersuara tentang kes adik Bella. Di saat segala politikus menikus dan sepi di parlimen. Kerana apa?

Kerana peguam itu mempunyai adik yang bacul melarikan diri daripada proses undang-undang dan keadilan di Malaysia ke Sweden ke Iceland. Atas kesalahan menghina Istana negeri CPK. Maka, dia mungkin menyimpan dendam dan benci terhadap keluarga istana ini.

Tapi aku tidak hairan. Apalah sangat keluarga diraja itu pada pendiriannya. Suami sendiri pun dia keji. Nabi SAW pun dia berani hina dan fitnah. Apalah sangat segala raja dan pemimpin negara. Betul tak?

“Cuma aku pelik kenapa tiada apa-apa tindakan terhadapnya

Sementara itu, hantaran tersebut turut dimuat naik semula oleh selebriti dan pengacara, Iesya Toh bersama aktivis Justice For Bella, iaitu Firdaus Ashaj menerusi hantaran di Instagram Stories miliknya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, saudara Firdaus juga ada memuat naik hantaran di media sosial miliknya, berharap agar keadilan berpihak kepada Bella walaupun pelbagai drama dan ‘penipuan’ berlaku dalam kes perbicaraan melibatkan kanak-kanak istimewa berusia 14 tahun itu.

“It’s okay adik Bella. Biarkan mereka ketawa sekarang. Biarkan mereka seronok dan memperbodohkan keadilan awak sekarang.

“Cepat atau lambat, Tuhan yang akan tentukan. Kami tetap bersama adik Bella tidak kira apa pun yang berlaku.

“Adik Bella sabar tau. Insya-Allah waktunya akan sampai. Sabar sikit je lagi. Okay sayang,” katanya.

Terdahulu, Hafidzah Hassan membuka mulut menerusi kenyataan balas di ruangan komen sosial media miliknya bahawa, penarikan diri peguam adalah perkara biasa dalam istilah undang-undang.

kredit: xtra

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *