Hiburan

“Syamsul Ada Beri Kata-Kata Terakhir ” – Puteri Sarah Akhirnya Mula Buka Cerita Ini

Umum mengetahui, semalam pelakon Puteri Sarah Liyana telah pun memfailkan perceraian terhadap Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Memetik Xtra, Puteri Sarah berkata dia ada menerima mesej daripada suaminya yang mahu berjumpa dengannya bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

“Syamsul ada WhatsApp, dia ajak berjumpa untuk berbincang. Belum jumpa lagi sebab saya dan dia sibuk dengan jadual penggambaran. Syamsul ada beri kata-kata terakhir sebelum saya datang ke sini, tetapi saya tak boleh kongsikan,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut meninggalkan kata-kata buat suaminya itu dalam mengharungi dugaan rumah tangga.

“Insya-Allah, doakan semuanya yang terbaik untuk kita,” katana.

Sementara itu, ditanya apa proses seterusnya jika Syamsul tidak mahu melepaskan Puteri Sarah, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata jika perkara tersebut berlaku ada beberapa peringkat perlu dilalui.

“Kalau umpamanya tak setuju, kita akan teruskan dengan peringkat kedua di mahkamah sama, mahkamah akan rujuk pada Jawatankuasa Pendamai, kedua-dua pihak akan diwakili wakil masing-masing untuk cuba cari jalan.

“Kalau berjaya, kita akan teruskan dengan cerai. Kalau tak berjaya, mahkamah akan rujuk pada hakam pertama (keluarga), kalau tak berjaya, kita akan beralih kepada hakam yang terakhir iaitu hakam mahkamah.

“Kita akan mohon pada mahkamah agar beri mandat kepada hakam mahkamah itu supaya sekiranya dia (Syamsul) masih enggan, autoriti lafaz cerai itu diberikan pada hakam mahkamah yang mewakili plaintif (Puteri Sarah),” katanya.

Fikiran Syamsul Yusof Kusut, Terganggu

Penerbit Eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail berkata kemelut rumah tangga yang dihadapi Syamsul Yusof kini sedikit sebanyak mengganggu fikiran pengarah tersebut yang kini di set penggambaran.

Memetik Utusan Online, Datuk Saniboey berkata meskipun Syamsul tidak berkongsi masalah peribadi dengannya namun dia tahu pengarah tersebut kusut memikirkan kontroversi menimpanya.

Menurut Saniboey lagi, buat masa ini Syamsul tidak mahu diganggu kerana mahu memberi fokus dengan penggambaran.

“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan, dia tak mahu diganggu di set penggambaran. Rasanya ramai yang tahu, dia kini sedang sibuk.

“Saya tak campur urusan peribadinya tetapi tak dinafikan, memang boleh tahu. Fokusnya sedikit terganggu berikutan isu yang sedang berlaku,” katanya.

Dalam pada itu, Saniboey mengakui progres di set penggambaran terjejas disebabkan kontroversi rumah tangga pengarah itu namun masih boleh dikawal.

Saniboey turut mengagumi sifat profesional pengarah tersebut yang tetap semangat mengenai soal kerja meskipun berdepan masalah.

“Satu mengenai Syamsul yang saya kenali, dia ini memiliki semangat yang jitu bila tiba bab kerja. Profesionalisme Syamsul ketika bikin filem memang tak dapat disangkal.

“Itu juga menjadi satu sebab saya kagumi dirinya. Dalam pada sedang dilanda masalah, dia tetap profesional dan cuba siapkan kerja dengan sehabis baik,” katanya.

Isnin lalu, ister pertama Syamsul Yusof iaitu pelakon Puteri Sarah nekad memfailkan perceraian di mahkamah syariah selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga.

kredit: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *