Hiburan

Wak Doyok Beritahu Sebab ‘Reject’ Wanita Berusia Jadi Calon Isteri -”Nanti Kalau Dia Jatuh Sakit, Saya Pula Nak Kena…”

Ikon media sosial dan pelakon Wak Doyok mengakui dia tidak berminat dengan wanita yang lebih berusia untuk dijadikan sebagai pasangan hidupnya.

Mahukan yang terbaik dalam soal teman hidup, menurut Wak Doyok, calon isterinya seboleh-bolehnya berusia dalam lingkungan 25 tahun.

“Sebagai lelaki saya mahukan yang terbaik untuk soal teman hidup. Kalau wanita itu lebih berusia dari saya nanti kalau dia jatuh sakit saya pula nak kena jaga dia.

“Saya memilih wanita yang berusia 25 tahun dan ke atas untuk dijadikan pasangan. Kalau muda sangat pun nanti susah juga sebab belum matang,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Wak Doyok turut mendedahkan dia kini sudah mempunyai teman wanita dan dalam fasa mengenali hati budi masing-masing.

“Kami baru kenal beberapa bulan dan dalam proses mengenali hati budi lagi. Teman wanita saya itu orang biasa saja. Apa-apa pun, calon isteri saya mesti kena direstui ibu.

“Sebelum ini, hubungan saya dengan beberapa teman wanita berakhir kerana mereka menolak untuk tinggal bersama ibu bila sudah berkahwin nanti,” katanya.

A Aida, Wak Doyok serius?

KUALA LUMPUR: Penerbit Datuk A Aida menyerahkan urusan jodoh bersama pempengaruh media sosial yang juga pelakon, Wak Doyok di tangan Tuhan susulan video kemesraan tersebar, baru-baru ini.

A Aida, 52, enggan mengulas lanjut hubungan dengan Wak Doyok, 43, tetapi tidak menafikan rapat dengan personaliti fesyen itu sejak 2016 lagi.

“Kami sudah lama kenal. Wak Doyok adalah ‘best friend forever’ dan sangat penyayang.

“Mengenai sejauh mana perhubungan kami, saya tidak mahu komen lanjut, tetapi meminta doakanlah. Sekiranya ada jodoh, adalah…,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Bagi penerbit filem Ratu Kala Jengking itu, sifat Wak Doyok yang mengambil berat, kelakar dan bergaya membuatkannya tertarik kepada jejaka berkenaan.

“Dia seorang yang ‘loving’, mengambil berat dan bergaya.

“Saya sukakan lelaki bergaya kerana saya juga suka bergaya dan menjaga penampilan diri,” katanya.

Mengulas kenyataan dikeluarkan ibu Wak Doyok yang keberatan menerima menantu berstatus ‘janda’, A Aida mengakui, dia sedar mengenai perkara itu.

“Saya tahu mengenainya, sebab itulah saya hanya berserah kepada jodoh.

“Sekiranya ibu Wak Doyok memberikan lampu hijau, adalah jodoh kami.

“Namun, setakat ini, saya masih belum bertemu dengan ibunya lagi,” katanya.

Ditanya tidakkah serik berkahwin lagi, A Aida akui, tentunya dirinya serik untuk berkahwin selepas beberapa kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga, termasuk kali terakhir pada 2019.

Bagaimanapun, katanya, keinginan kembali hidup berpasangan kembali menerpa selepas tiga tahun hidup sendiri.

“Sebelum ini, saya pernah rasa serik mahu berkahwin lagi, tetapi terasa sunyi pula apabila tiga tahun hidup sendiri.

“Walaupun sentiasa sibuk dengan kerja, tetapi saya juga tidak boleh lari daripada rasa sunyi dan memerlukan seorang lelaki untuk berkongsi suka duka.

“Cuma, anak-anak sudah berpesan agar mencari pasangan bekerjaya. Jadi, Wak Doyok memiliki kriteria yang saya inginkan,” kata A Aida.

Bukan memilih, sebaliknya, A Aida berkata, ia bagi menjaga rasa hormat pada pasangan apabila memiliki kemampuan sama.

kredit: bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *