Puteri Sarah Terkejut Bila Dengar Syamsul Yusof Kata “Masih Ada Sinar”, Sekali Ibu Mertua Call Puteri Sarah

Isu antara pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof bersama Puteri Sarah nampaknya masih belum berakhir selepas Syamsul masih tidak mahu melepaskan isteri pertamanya itu kerana percaya masih ada sinar.

Dalam isu mereka ini, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail dan bapanya, Datuk Yusof Haslam dikatakan bakal menjadi pencelah dan saksi.

Perkara itu dimaklumkan Puteri Sarah sendiri selepas ibu mentuanya itu menghubunginya pagai tadi bagi menyatakan sokongan.

Mak dan bapa mentua saya baru hubungi pagi tadi maklumkan mereka ingin mencelah dan menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dengan Syamsul.

Mereka sanggup nak beri keterangan kerana mereka sentiasa dengan saya. Mereka nampak apa yang berlaku. Malah mereka turut titipkan doa untuk saya hari ini.

"

Perbicaraan kes antara mereka bagaimanapun akan disambung semula pada bulan April nanti.

Puteri Sarah Terkejut Bila Dengar Syamsul Yusof Kata “Masih Ada Sinar”

Pengarah dan pelakon kontroversi, Syamsul Yusof sebentar tadi memutuskan untuk tidak melepaskan isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Puteri Sarah bagaimanapun dilihat tenang selepas keluar dari dewan mahkamah tetapi akui terkejut mendengar keputusan suaminya itu.

Dia (Syamsul Yusof) kata taknak lepaskan Sarah. Dia kata masih ada sinar. Sinar apa? Sinar harian? – Gurau Sarah kepada pihak media.

Dia taknak lepaskan Sarah sebab dia rasa boleh berdamai lagi.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut berasa hairan dengan kenapa suaminya itu tidak mahu lepaskan dirinya sedangkan ketika Sarah masuk ke hospital tempoh hari, Syamsul langsung tidak menghubunginya.

Sarah masuk hospital hari itu pun, dia tak jenguk tanya khabar. Sinar Apa? Sarah tak tahu kenapa dia buat macam tu.

Puteri sarah juga menjelaskan suaminya itu hanya menghubungi anak-anak seperti biasa sewaktu di tanah suci.

Seperti biasa, dia ada berhubung mengenai anak-anak sewaktu pergi menunaikan umrah, baru-baru ini. Sekarang ini, nak mencelah pula. Just let me go, Mohd Shamsul, Sarah dah malas

Kredit: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*