Syamsul Dalam Kesusahan Bila Ibu Sendiri Sanggup Jadi Saksi. Ini Reaksi Datin Patimah Bila Di Tanya Kenapa Dia Tawar Diri

usulan dakwaan nusyuz dan keluar rumah tanpa izin suami, pelakon Puteri Sarah mendedahkan mentuanya, Datin Patimah Ismail menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul Yusof.

Menurut Sarah, Patimah menghubunginya bagi menawarkan kesudian memandangkan dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang tempoh krisis.

“Pagi tadi mak mentua saya (Patimah) WhatsApp hubungi saya untuk mencelah dan ingin menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika ditanya reaksi apabila keputusan permohonan perceraian yang ditunggu-tunggu tidak menjadi kenyataan, pelakon itu hanya ketawa.

“Happy birthday to me (Selamat hari jadi untuk saya). Itu sahaja yang boleh saya cakap,” selorohnya.

"

Menerusi prosiding hari ini, Syamsul enggan melepaskan isterinya, dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Sebelum itu Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih sayangkan Syamsul.

‘Tiada Komen’ – Ibu Syamsul Yusof

Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail enggan memberikan sebarang komen apabila bakal menjadi pencelah dan saksi kepada Puteri Sarah susulan krisis rumah tangga membabitkan anaknya.

“Tiada komen,” katanya ringkas kepada Harian Metro.

Terdahulu Puteri Sarah memberitahu ibu dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof.

Perkara itu dimaklumkan Patimah kepada Puteri Sarah menerusi satu panggilan termasuk akan memberikan sokongan penuh kepadanya.

Menerusi prosiding hari ini, Syamsul enggan melepaskan isterinya, dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Selain kes permohonan cerai, satu lagi kes bakal dijalankan susulan keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan Puteri Sarah untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi.

Perintah injuksi diperoleh Puteri Sarah pada 4 Julai tahun lalu antara lainnya menghalang Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya daripada menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya.

Ira juga dihalang daripada mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, k

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*