Bakal ‘Lawan’ Anak Sendiri, Permohonan Ibu Mentua Untuk Puteri Sarah Tarik Perhatian Ramai

Susulan krisis rumah tangga Puteri Sarah Liyana dengan Syamsul Yusof, ibu mentua kepada aktres itu iaitu Datin Patimah Ismail bakal menjadi saksi bagi dakwaan aktres itu dipukul oleh anaknya.

Malah menurut Puteri Sarah, ibu mentuanya juga memohon jadi ‘pencelah’ dalam dalam kes melibatkan Puteri Sarah Liyana dan isteri kedua anaknya iaitu Faghira Fatini atau Ira Kazar, 27.

“Saya nak beritahu dekat sini, sebelum saya nak pergi ke mahkamah pagi-pagi tadi, mak mentua saya menghantar kiriman mesej memberitahu dia bakal menjadi saksi dan mahu jadi pencelah bagi pihak saya.

“Kalau anak dia Syamsul nak jadi pencelah untuk isteri kedua, mak mentua saya mahu jadi pencelah bagi mempertahankan saya juga.

“Malah, mak mentua saya juga bakal menjadi saksi bagi JKP. Mak mentua saya memang akan jadi penyokong tegar saya sebab dia tahu semua,” katanya kepada Gempak.

"

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan memerintahkan Puteri Sarah dan Syamsul untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Pada 24 Februari lalu, Syamsul Yusof memfailkan permohonan di mahkamah di sini, untuk mencelah dalam petisyen perintah injunksi antara isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana dan isteri keduanya, Ira Kazar.

Dalam afidavit sokongan itu Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, mendakwa dinasihatkan peguamnya supaya mencelah dan dijadikan defendan di dalam kes tuntutan yang dikemukakan oleh Puteri Sarah kepada Ira Kazar.

Menurutnya, tuntutan Puteri Sarah ke atas Ira itu adalah berkaitan dengan dirinya dan jika tuntutan itu dibenarkan akan memberi kesan kepada perkahwinannya dan hubungan dengan keluarga Ira.

[VIDEO] ‘Syaikhul Tahu Konflik Kami Dari YouTube, Dia Cerita Dekat Yusof Haslam’ – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan anak sulungnya, Syaikhul Islam tahu mengenai konflik rumah tangga yang berlaku antara dirinya dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

Abang sudah tahu

Menurut Puteri Sarah, anak kecil berusia enam tahun itu mengetahui menerusi YouTube lalu dimaklumkan kepada datuknya, Datuk Yusof Haslam.

Kata pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, Yusof Haslam dan ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail yang bantu menerangkan kepada Syaikhul.

Dia mungkin dengar (berita) dari YouTube tetapi tak tanya terus dengan saya, sebaliknya cuma bercerita kepada datuknya.

Syaikhul sendiri bercakap dengan datuknya, ‘Abang (Syaikhul) sudah tahu merujuk apa yang sedang berlaku antara kami berdua.’

Jadi Datuk (Yusof Haslam) dan Datin (Patimah Ismail) telah terangkan segala-galanya. Saya tidak pasti reaksi dia bila pertama kali mengetahui perkara itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Melastik Ke Hatimu berkata Yusof Haslam meminta Syaikhul untuk tidak bimbang kerana dia dan keluarga sangat menyayangi cucu-cucunya.

Mereka katakan, walau apa pun yang terjadi, mereka tetap menyayangi Syaikhul dan Sumayyah, selain berharap dia tidak perlu risau.

Terdahulu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Pada prosiding itu, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, bersama peguam syarie, Roshdan Sujak.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Bagaimanapun pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.

Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.

Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam dan Sumayyah.

kredit: astro gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*