Terdahulu, hantaran Instagram Story Farid Kamil mencetuskan tanda tanya apabila pelakon dan pengarah ini seolah-olah menujukan kepada seseorang. Tulisnya, seorang lelaki tak boleh memukul wanita walau dengan apa jua alasan.
Lebih mengecewakan apabila tiada tindakan diambil biarpun laporan polis sudah dibuat. Dalam hantaran terbaru, pelakon utama filem Anwar, The Untold Story, ini mengaku ‘insan’ tersebut telah memukul Diana pada tahun 2005.
Kesan daripada peristiwa itu, Diana dikatakan masih tr4uma sehingga sekarang. Jelasnya, tiada siapa yang dapat mengubati ‘luka’ trauma yang ditinggalkan pelaku.
Tambah Farid, dalam pada mangsa trauma, ‘insan’ itu masih memukul wanita pada tahun 2023. Bapa kepada dua anak ini juga bertanya adakah tindakan itu dianggap macho.
Bagi Farid, wanita adalah lembut dan lirikan mata mereka mempersona. Jadi, kaum itu selayaknya dihormati bukannya ditakutkan dengan memukul.
Pada Disember tahun lalu, pelakon jelita, Diana Danielle membuka rahsia lama mendedahkan yang dirinya pernah menjadi mangsa pukul bekas teman lelaki ketika sesi temubual bersama host Amelia Henderson.
Diana berkata kejadian tersebut berlaku sewaktu dia berusia 17 tahun selepas menjalani peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Nak Jadi KL ‘G’ Bersongkok Pun, Tak Boleh Pukul Wanita Ni Da’i Hoi” – Farid Kamil
Pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil menimbulkan persoalan ramai apabila memuat naik hantaran seolah-olah ditujukan kepada seseorang.
Tanpa menyebut sebarang nama, Farid dalam hantaran di Instagram Story berkata, seseorang tak boleh memukul wanita walau dengan apa jua alasan.
Farid Kamil tuju kepada siapa?
Tulisnya lagi, individu berkenaan barangkali ada keistimewaan apabila kes yang dilaporkan dari 2005 ke 2020 dikategorikan NFA (no further action).
Adakah ini contoh anak munafik lelaki penderhaka 2023. Macam filem kita putar semula roda-roda kehidupan. Besar kuasa Allah SWT kalau nak bandingkan dengan AlhamduRinggit ko tu.
Terdahulu, anak kelahiran Kedah ini turut memuat naik hantaran meluahkan kekecewaannya terhadap seseorang yang tak dinamakan.
Apa kes sebenarnya ni? Kita tunggu penjelasan lanjut daripada Farid Kamil sendiri.
“Awak kahwin baru, pergilah sana…” Puteri Sarah turut dedah dah setahun Syamsul tak laksanakan ‘tanggungjawab’ suami
PELAKON Puteri Sarah Liyana menegaskan antara faktor dia mahu menuntut cerai terhadap suaminya Syamsul Yusof kerana mereka sudah tidak lagi menjalani kehidupan sebagai suami isteri seperti pasangan lain.
Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, sudah setahun Syamsul tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan hanya memberi nafkah buat dua anak mereka.
“Kita dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
“Nafkah anak-anak dia tak abaikan. Lagi sekali, nafkah anak-anak dia tak abaikan,” katanya yang memberi maksud sudah lama tidak ‘bersama’ suaminya.
Puteri Sarah berkongsi perkara itu selepas prosiding kes penceraian mereka di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Puteri Sarah mendedahkan Syamsul enggan melafazkan talak kerana menganggap masih ada sinar untuk mereka berdamai.
Pelakon Andainya Takdir Itu bagaimanapun berkata, dia sudah tidak nampak jalan bahagia dan melihat penceraian jalan terbaik buat mereka.
“Dia masih tidak mahu melepaskan saya kerana mengatakan masih ada sinar. Sinar apa? Dia tak nak lepaskan saya kerana dia rasa masih boleh berdamai lagi.
Kita dah lama tak macam suami isteri. Dia dah lama tak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.
“Dia kata masih ada sinar, sedangkan saya masuk hospital haritu pun tak jenguk, tak tanya khabar, sinar apa?” ujarnya.
Sementara itu, Puteri Sarah memberitahu, ini merupakan pertama kali dia dan Syamsul bertemu selepas setahun tidak bersua muka.
“Saya sudah setahun tidak bertemu dia dan selepas setahun, ini baru pertama kali saya berjumpa dengannya. Apa yang ada sinar lagi? Biarkan saya pergi.
“Saya harapkan supaya saya dilepaskan dengan baik. Jangan susahkan lagi keadaan. Untuk apa? Awak dah kahwin baru, pergilah dekat isteri sana. Saya tak marah,” katanya.
Ditanya adakah perbincangan yang dibuat bersama Syamsul untuk mendapat kata sepakat bagi menyelamatkan rumah tangga mereka, Sarah hanya tersenyum dan berkata semuanya sudah terlambat.
Jelas Sarah, selama ini dia menutup aib suami kerana masih mempunyai perasaan cinta dan tidak mahu membongkarkan kepada semua.
“Perbincangan itu sepatutnya berlaku tiga tahun lepas, kepada orang-orang di luar yang kata saya menghalang poligami, korang semua sebenarnya tak tahu apa yang berlaku.
“Pada waktu itu saya tutup aib dia kerana masih sayang, tapi sekarang bila tak mahu melepaskan saya, saya jadi tertanya-tanya kenapa?
“Saya hanya mahu keluar daripada masalah ini, saya nak move on, dah terlambat kalau baru sekarang nak tersedar isteri dah hilang,” katanya.
Prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas itu, Syamsul enggan menceraikan Sarah.
Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan kedua-dua mereka melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, diwakili peguam syarie Roshdan Sujak.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh antara alasan yang dikemukakan Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Untuk rekod, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5.
Pada 6 Januari lalu, Syamsul telah mendedahkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.
Rentetan itu, Sarah menerusi Instagram memohon agar Syamsul melepaskannya kerana tidak rela hidup bermadu.
Kredit: Instagram Farid Kamil
Leave a Reply