Rupanya ini punca sebenar pergaduhan di restoran kandar

SEPANG – Tindakan tiga lelaki memukul pekerja restoran kerana berang selepas ditegur mengambil lauk dengan jari akhirnya memakan diri apabila kesemua mereka ditahan polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pengurus sebuah restoran memaklumkan tentang kejadian dan berjaya menahan tiga suspek yang berusia 50 hingga 51 tahun di dua lokasi berasingan.

“Siasatan awal yang dilakukan mendapati ketiga-tiga suspek telah ke restoran berkenaan dan ketika berada di bahagian nasi kandar, salah seorang suspek telah menggunakan jarinya untuk mengambil lauk dalam keadaan m4buk.

“Teguran itu telah membuatkan suspek menjadi berang dan bertindak agresif dengan memukul pekerja tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, susulan kejadian itu, mangsa mendakwa mengalami lebam pada leher, kepala, bahu kiri dan telinga akibat dipukul suspek.

"

“Pengadu yang juga pengurus restoran pula mendakwa berdepan kerugian apabila peralatan kedai dirosakkan termasuk pinggan selain banyak lauk tercemar dan terpaksa dibuang.

“Siasatan juga mendapati dua daripada suspek yang masing-masing bekerja sebagai pemandu pelancong dan pemandu teksi mempunyai rekod jenay4h juga d4dah,” katanya.

Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 324, 327 dan 506 Kanun Keseksa4n.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan kejadian dua lelaki dirakam memukul pekerja di sebuah restoran nasi kandar sehingga mengakibatkan kekocohan dan kerosakan barangan di premis tersebut. – KOSMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*