Mahkamah Tinggi Isytihar Norjuma Bankrap. Rupanya Dia Gagal Buat Satu Bayaran

Mahkamah Tinggi pada hari ini telah mengisytiharkan buat personaliti TV dan juga usahawan popular, Norjuma Habib Mohamed muflis selepas gagal membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment.

Menurut penolong pendaftar Siti Zulaikha Nordin @ Ghani merekodkan perintah kebankrapan itu selepas mendengar petisyen kreditor yang difailkan oleh syarikat berkenaan pada Oktober tahun lalu.

Difahamkan Norjuma sudah dimaklumkan mengenai prosiding pada jam 9 pagi ini, namun tidak hadir dan mahkamah sudah dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Kami percaya Jabatan Insolvensi akan meneruskan proses kebankrapan ini,” katanya.

“Secara asasnya, Fame Up Entertainment memfailkan petisyen terhadap Norjuma, dan hari ini sudah ditetapkan untuk pendengaran.

‘Mahkamah memutuskan (Noorjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen kreditor,” katanya.

Hadir di mahkamah, pemilik Fame Up Entertainment, Zuriawati Zaidi, 44.

Pada Oktober tahun lepas, dilaporkan Fame Up Entertainment memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap Norjuma.

Notis itu difailkan pada 15 Ogos tahun lalu yang memohon supaya Norjuma membayar RM260,400 kepada Fame Up Entertainment selepas diperintah berbuat demikian oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Untuk pengetahuan, Norjuma merupakan bekas isteri kepada seorang ahli perniagaan popular iaitu Datuk Mohamed Nazim Razak.

Datin Che Puan Norjuma Habib Nafi Hilangkan Diri, – “Dah Ada Duit Banyak, Apa Maknanya Nak Bermedia Sosial”

Datin Che Puan Norjuma Habib Mohamed baru-baru ini dilihat ditembual bersama media dan telah di muatnaik di laman TikTok Majalah Nona. Dalam video berdurasi hampir 4 minit itu, Norjuma memberikan penjelasan eksklusif tentang status dan empayar tudungnya. Beliau ditemui dalam sebuah majlis beramah mesra Datin Che’ Puan Norjuma bersama media.

Ditanya ke manakah menghilang, bekas isteri kepada Datuk Mohamed Nazim Razak itu menafikan dia menghilangkan diri. Menurutnya lagi dia tiada apa-apa media sosial kerana tidak berbakat untuk menggunakannya. Malah katanya dia dah ada duit banyak dan kaya dan tak perlu terkejar-kejar meraih populariti di media sosial.

“Saya tak hilang ke mana-mana. Pertama sebab saya selalu kena ‘hentak’ polis, kedua sebab saya sedang belajar industri (perniagaan) ini yang saya usahakan selama 13 tahun. Kami telah mencapai hasil penjualan hampir separuh billion ringgit. Apa maknanya untuk saya berkejar-kejar bersosial media, ke hulu ke hilir. Duit dah banyak-banyak, saya rasa saya dah lalui semuanya.”

Kata bekas personaliti TV3 ini, dia memerlukan masa untuk dirinya sendiri berfikir dan menumpukan perhatian kepada orang yang tersayang.

“Memang saya perlukan masa sendiri. Memang saya ambil masa 2 hingga 3 tahun ini untuk berehat dan berfikir. Pada masa yang sama yang menumpukan perhatian kepada keluarga. Kepada insan-insan yang saya cintai.”- ujarnya.

Norjuma menambah, kini dia bersedia untuk memberi sesuatu yang baru kepada pelanggannya dalam menghasilkan koleksi rekaan terbaharu hasil ciptaannya sendiri,

“Tapi sekarang saya dah bersedia untuk memberikan ‘refresh’ kepada semua orang dengan menghasilkan rekaan terbaharu ciptaan saya sendiri”- katanya sebagai penutup bicara.

Sekadar info, Norjuma merupakan pemilik kepada jenama tudung popular Aidijuma. Jenama ini cukup popular dengan fesyen tudung bawal dan mendapat perhatian dan disukai ramai. Setiap rekaan coraknya pula hanya dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dan setiap minggu pasti akan ada rekaan baru diperkenalkan telah membuatkan tudung bawal Aidijuma menjadi begitu ekslusif dan sukar diciplak.

Biodata Datin Norjuma, Pengasas Tudung Bawal Popular Aidijuma

Nama Penuh: Datin Norjuma Habib Mohamed

Nama Popular: Norjuma

Tarikh Lahir: 5 November 1980

Asal: Bayan Baru, Pulau Pinang

Pendidikan: Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Kerjaya: Pengacara TV dan Ahli Perniagaan

Status: Berkahwin
Nama Suami: Datuk Mohamed Nazim Razak

Anak : 3 Orang (Anak sulung bernama Muhamad Aqil Razak Mohamed Nazim)

Rancangan TV: Nona, Wanita Hari Ini, Kewangan Islam dan Keluarga Di 9

Pencapaian Sebagai Pengacara TV: Juara Pengacara Jemputan Nona Musim Kelima (2002)

Pencapaian Sebagai Ahli Perniagaan: Pengasas dan pemilik koleksi tudung bawal scarf popular Aidijuma

SUMBER Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*