Sebelum ini, pengarah filem, Syamsul Yusof, 39 memberitahu dia akan mengambil tindakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuann (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana didakwa mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.
Terbaru, Syamsul tampil membicarakan semula mengenai tindakan tersebut.
Terlalu banyak perkara tidak benar
Menurut Syamsul, dia berkahwin pada 6 Januari 2023 dengan Ira Kazar di Thailand dan mereka telah mendaftar perkahwinan di Malaysia selepas itu. Ujar Syamsul, dakwaan dia sudah berkahwin sebelum tarikh tersebut adalah tidak benar sama sekali.
Kenyataan yang dikeluarkan semua tidak benar dan ianya satu fitnah. Isteri saya semua kata saya dah kahwin. Oleh sebab itu saya tetap nak saman.
Terlalu banyak perkara lain yang dibangkit oleh Sarah dan tidak benar. Takkan saya nak tunjuk bukti walaupun benda itu betul. Selama ini siapa saja yang mengatakan pasal saya. Saya rasa mereka tak perlu tahu kebenaran itu.
Tambah Syamsul, dia mahu menjernihkan keadaan. Jelasnya lagi, dakwaan Ira Kazar datang ke set penggambaran pun tidak benar.
Saya minta maaf. Isteri kedua saya memang dengar kata saya. Dia tak pernah bawa keluar kenyataan apa pun. Kalau ada pun sikit sahaja. Pasal Ira buat akaun palsu. Sejauh mana kebenaran itu?
Bila kita bicara pasal akaun palsu susah nak buktikan. Ibu saya, ayah saya menganggu. Sekali lagi anda yakin isteri kedua saya yang buat. Bukan saya nak ‘back up’ Ira. Cuma sejauh mana kebenaran.
Syamsul nafi dakwaan setu.buh luar nikah, Ira Kazar saman Jawi
Pengarah, Syamsul Yusof menafikan dakwaan isteri pertamanya, Puteri Sarah bahawa dia melakukan pesetu,buhan luar nikah.
Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, berkata, tuduhan itu sama sekali tidak berasas dan dia turut mempersoalkan ketelusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Tambahnya, kes tersebut masih dalam siasatan di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.
“Saya menafikan apa yang Puteri Sarah dakwa tentang saya dan isteri kedua (Ira) melakukan perset,ubuhan luar nikah. Kenyataan-kenyataan itu tidak benar dan mungkin ada unsur-unsur rasuah. Mungkin.
“Saya berkahwin dengan Ira pada 6 Januari. Itu adalah tarikh saya bernikah. Alhamdulillah (perkahwinan) kami telah didaftarkan secara sah di sini (Malaysia) pada 20 Januari 2023,” katanya.
Syamsul berkata demikian ketika ditemui dalam satu sesi sidang media khas hari ini.
Sementara itu, Syamsul berkata, isteri keduanya, Ira Kazar juga bakal memfailkan saman terhadap Jawi.
Malah dedahnya, pihak Jawi juga ada meminta untuk menyelesaikan kes saman tersebut di luar mahkamah.
Semalam, Syamsul diwakili peguam syarie, Azmi Mohd Rais memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah.
Syamsul juga mendakwa, isteri pertamanya itu menjalinkan hubungan cinta dengan bekas kekasihnya yang merupakan suami orang.
Membalas kenyataan itu, Puteri Sarah ‘mengingatkan’ suaminya dan madunya, Ira Kazar sedang disiasat di bawah Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Di Bawah Seksyen 23; Persetubuhan Luar Nikah.
kredit: ohbulan
Leave a Reply