
Pengarah tersohor, Syamsul Yusof mengakui bahawa kesilapannya tidak menceritakan sebarang masalah yang berlaku dalam rumah tangganya kepada kedua ibu bapa sehingga membuatkan mereka sedih.
“Sarah hari2 ada dengan ibu saya”
Memetik temubual menerusi temu bual yang berlangsung di mahkamah syariah selepas menfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya Puteri Sarah, Syamsul mengatakan mungkin disebabkan kesilapannya dan jika diceritakan pastinya sudah terlambat.
“Of course sebagai anak saya sedih. Walau apa pun dia ibu saya. Macam apa yang saya katakan tadi mungkin kesilapan saya tidak menceritakan kepada ibu saya hal sebenar dan mungkin kalau saya cerita pun detail dengan ibu ayah saya pun, benda tu dah tak laku, mungkin dah terlalu lambat sedangkan Sarah hari-hari dengan ibu saya,”ujarnya.
Harap hubungan dengan ibu ayah kembali jernih
Syamsul Yusof turut berasa sedih dan berharap agar hubungannya dengan ibu tersayang, Datin Patimah kembali jernih.
Dia juga mengatakan yang prinsipnya memang tidak suka bercerita hal rumah tangga kepada ibu dan ayah termasuklah ketika bergaduh dengan isteri.
“Tapi saya of course sedih, siapa tak sedih, ibu. Cuma saya harapkan masa akan jernihkan keadaan, InsyaAllah. Begitu juga dengan ayah saya

“Cuma saya jenis tak suka cerita hal rumah tangga dengan rumah tangga walaupun dengan mak ayah saya. Kalau apa-apa pun bergaduh tak suka sampaikan dekat ayah ibu saya tentang Sarah begini, kekurangan begitu. No saya bukan macam tu,” ujarnya.
Terdahulu, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah membuat menfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Menurut Syamsul, dia berasa sedih dan malu kerana isterinya telah berlaku curang dengan mendakwa menghubungi bekas teman lelaki yang juga merupakan suami orang.
Hal itu menjadi punca mengapa dia bertindak tidak lagi tinggal sebumbung dengan Puteri Sarah sejak dua tahun yang lalu.
Ira belum hamil, Syamsul sifatkan ‘kahwin dua’ jalan taubat
“Tidak, itu adalah fitnah,” demikian kenyataan pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkenaan dakwaan isteri keduanya, Ira Kazar hamil.
Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, menegaskan Ira belum hamil lagi.
“Begitulah kehidupan saya setiap pagi, minum teh tarik dan makan nasi lemak, ada bertanya Syamsul itu dan ini.
“Saya pun jawab apa pula kali ini? Saya tak tahulah, tetapi, Alhamdulillah kalau Ira mengandung.
‘Tiada maaf bagimu’
“Apa yang tak boleh? Jujurnya, saya beritahu tiada (mengandung). Kalau mengandung, saya beritahu.
“Tetapi, kalau nak cakap begitu nak buat macam mana, saya cakap Alhamdulillah sahajalah. Tetapi, tiada (mengandung),” katanya kepada BH Online.
Syamsul ditemui selepas memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada jam 3.10 petang, semalam.
Terdahulu, Syamsul melangsungkan pernikahan dengan Ira atau nama sebenarnya, Faghira Fatini pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand dengan berwalikan bapa Ira iaitu Kazar.
Syamsul menafikan isteri keduanya, Ira Kazar mengandung dan menganggap gosip bertebaran adalah fitnah. – NSTP/Amiruddin Sahib
Ditanya sama ada bersedia untuk beristeri dua, Syamsul hanya memohon orang ramai mendoakan terbaik buatnya.
Dalam masa sama, Syamsul reda apabila satu demi satu dakwaan dilemparkan kepadanya.
“Doa sahajalah saya boleh jadi suami baik dan adil. Saya kahwin ini salah satu jalan taubat.
“Jadi, nak kata apa, katalah. Seperti rezeki mahu boikot filem saya, jujurnya ada juga rasa sedih, tetapi saya seorang yang mudah.
“Saya percaya rezeki dari Allah. Kalau Allah bagi rezeki, Alhamdulillah. Orang boikot ada sebab dan saya bersyukur.
“Saya sudah melalui banyak fasa. Saya hadapi sahajalah,” katanya.
Semalam, Syamsul
Sumber: YouTube Utusan Malaysia
Leave a Reply