Sering mempamerkan keakraban di media sosial, nama pelakon Ahirine Ahiruddin dipetik sebagai punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.
Nama pelakon gandingan Farid untuk filem Rempit 2 itu didakwa sebagai punca Diana memfailkan cerai terhadap aktor terbabit.
“Ini mesti Ahirine yang menjadi punca perceraian. Tidak rasa bersalah ke menjadi perosak rumah tangga Diana? Saman saja Ahirine kerana dia menjadi orang ketiga dan punca pergolakan.
“Malah, negara kita ada undang-undang membabitkan orang ketiga. Saman saja,” komen seorang pengguna media sosial.
Malah, ada juga yang kurang senang apabila Ahirine memuat naik perkongsian bermesra dengan Farid yang juga berstatus sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata.
“Semenjak Farid rapat dengan seorang perempuan dan sering berada di litar, sehinggakan baju pun dibantu zip oleh Farid,” komen warga maya itu.
Usaha Harian Metro menghubungi Farid untuk mengulas mengenai dakwaan berkenaan hingga kini belum mendapatkan maklum balas.
Sebelum ini, menerusi laporan Harian Metro, Ahirine, 26, berharap tidak timbul salah faham terhadapnya berikutan video dengan Farid yang membantunya memakai topi keledar sebagaimana dimuat naik di aplikasi Tik Tok.
Menurut Ahirine, tindakannya tampil menjelaskan suasana yang berlaku memandangkan orang ramai menyebut nama isteri Farid, Diana Danielle di ruangan komen video berkenaan.
Sementara itu, Diana dilaporkan membuat permohonan cerai pada awal bulan ini dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Isnin lalu.
‘Saya tiada kaitan’ – Ahirine
“Saya tiada kaitan dan bukan menjadi punca Diana memfailkan cerai terhadap Farid.”Macam mana pula, nama saya dikaitkan dengan Farid sedangkan saya kini dalam fasa bahagia dengan teman lelaki,” kata pelakon Ahirine Ahiruddin, 26.
Ahirine berkata demikian ketika mengulas dakwaan netizen mengenai dirinya menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.
Menurut Ahirine, hubungan akrabnya dengan Farid adalah sangat profesional dan atas dasar kerja semata-mata.
“Diana dan Farid tidak ada kata apa-apa pun mengenai perkara itu. Pandai-pandai je netizen ni.
“Saya berharap dengan kenyataan ini, netizen hentikan dari buat cerita yang tidak betul kerana boleh jejaskan nama baik saya dalam bidang seni,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya bila kali terakhir dia bertemu dengan Farid, kata Ahirine, dia sudah lama tidak berhubung dengan pelakon terbabit kerana sibuk dengan penggambaran.
“Sebenarnya, saya sudah lama tidak berbual dengan Farid kerana baru kembali dari penggambaran filem Tebus yang membabitkan tempoh lebih sebulan di Sarawak.
“Saya bergandingan dengan pelakon Aedy Ashraf dalam filem itu.
“Jika nak diikutkan, Farid memang selalu ‘training’ motor atau Muay Thai dengan team saya. Kadang-kadang Diana juga ‘training’ sekali dengan kami,” katanya.
Terdahulu, Diana dilaporkan membuat permohonan cerai pada awal bulan ini dengan memberi alasan tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.
Farid yang khabarnya sudah tidak tinggal sebumbung dengan Diana, bagaimanapun enggan melafazkan cerai pada sesi yang berlangsung di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Isnin lalu.
Sumber: Harian Metro via Oh Bulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply