Sehingga ke hari ini, isu rumah tangga melibatkan influencer TikTok, View Chin masih menjadi perbualan hangat dalam kalangan netizen.
Mana tidaknya, isteri View Chin sendiri mendedahkan dia mempunyai hubungan sulit dengan staf berbangsa Melayu dikenali sebagai Mira.
Meskipun pelbagai kecaman diterima, mempengaruh yang mempunyai 2.5 juta pengikut di TikTok itu yakin dapat mengharungi dugaan ini.
Di Instagram, View Chin dilihat membalas pesanan mesej yang diterimanya daripada peminat. Dia memohon maaf kerana dah buat orang ramai kecewa.
Melihat kepada mesej yang dihantar, para peminat seakan tak percaya rumah tangga content creator kegemaran mereka iaitu View Chin dan Ahmoi retak kerana orang ketiga.
Mereka meluahkan rasa sedih kerana pasangan itu sebelum ini banyak menghidangkan content-content menarik kepada penonton.
“Saya Dengan Ahmoi Dah Cerai Tahun Lepas” – View Chin Akhirnya Buka Mulut
Semalam, kecoh di media sosial mengenai seorang influencer yang dikenali sebagai View Chin didakwa curang dengan staf yang sering melakukan live TikTok bersamanya, Mira.
Pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh isteri View Chin, Shermine di laman Facebook dan turut disediakan banyak bukti.
Terbaharu, di TikTok kini telah tersebar beberapa tangkap layar perbualan seorang individu dengan influencer tersebut yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kes ini.
Menurut View Chin, konflik dengan Shermine mula tercetus apabila melibatkan hak penjagaan anak-anak mereka selama 8 tahun.
Biarpun enggan bercerita secara lanjut, usahawan itu berkata dirinya dengan Shermine sudah pun bercerai pada tahun lalu.
Sekadar info, Shermine mendedahkan bahawa View Chin dan Mira menjalinkan hubungan sulit dibelakangannya untuk jangka masa yang agak lama, malah mereka turut dikatakan ‘check-in’ hotel sewaktu wanita tersebut dalam pantang.
Kredit: Instagram View Chin
Leave a Reply