Susulan isu tular mempunyai hubungan istimewa dengan pekerja sendiri dikenali sebagai Mira, influencer TikTok, View Chin mendedahkan dia bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.
Menerusi laporan ekslusif Kosmo!, View Chin berkata, dia kini sedang mula belajar mengenali agama Islam dan akan mengahwini Mira apabila isu dengan bekas isterinya selesai.
Pengasas View Fashion ini berkata, dia dan Ah Moi sebenarnya sudah bercerai sejak Disember tahun lalu.
Mira seorang prihatin, memahami
Saya tahu perbuatan saya selama ini dengan Mira adalah salah dan kami akan cuba memperbetulkan semua perkara itu. Ya memang saya mengaku bercuti berdua bersama Mira di Bali sebelum ini. Ketika itu saya sangat stres dan Mira bimbang tentang keselamatan saya. Sebab itu dia menemani saya.
Kongsinya lagi, Mira adalah teman baiknya dan dia selesa untuk meluah semua perkara termasuk soal peribadi. Selain itu, Mira juga seorang yang sangat prihatin dan memahami.
Mira tahu semua, tentang kecurangan Ah Moi tentang Ah Moi pernah ugut saya. Sebab itu saya pilih Mira, bukan sebab paras rupa atau wang, yang penting dia boleh terima anak-anak saya.
Influencer TikTok yang mempunyai 2.5 juta pengikut ini berkata Mira banyak menguruskan syarikat bersamanya bermula dari menguruskan ‘live’ sehinggalah kepada marketing dan sebagainya.
Respon balas Amira pada insan ini buat ramai terdiam, ramai mnantikan View Chin balas ucapan Hari Jadi nya
“Kelakar Sangatlah? Bebal” – ‘Up’ Foto Baju Melayu Dengan Hashtag Tangga, Netizen Serang View Chin
Pempengaruh dan usahawan terkenal TikTok, View Chin menerima kecaman netizen gara-gara memuat naik foto bergambar di tangga memakai baju Melayu.
View Chin dan tangga
Hantaran itu mengundang rasa kurang senang orang ramai di mana mereka merasakan pempengaruh tersebut mempermainkan isu yang sedang dikaitkan dengannya.
Tak kurang juga yang bersimpati dengan nasib pekerjanya, Amirah Aqilah yang menerima kecaman hebat sehingga terpaksa bersembunyi buat sementara waktu.
Selain View Chin, Mira dilihat memuat naik foto memaparkan dirinya cantik berbaju biru dan seluar merah seolah-olah mahu move on daripada isu curang terbabit serta kembali bekerja.
Terdahulu, isteri View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi mendedahkan suaminya mempunyai skandal dengan pekerja paling dipercayainya iaitu Mira.
Ada Plot Twist, View Chin Dakwa Ah Moi Curang Dulu, 2 Kali Kantoi Mesej
Menerusi temubual ekslusif bersama China Press, View Chin menafikan semua tuduhan yang dibuat bekas isteri. Namun, dia mengakui ada memukul kerana bekas isteri curang dan kantoi dengannya sebanyak dua kali.
Katanya lagi, dia terlebih dahulu dikhianati menyebabkan hubungan rumah tangga yang dibina sejak 8 tahun lalu terlerai.
Ujar View Chin, dia dan bekas isteri berkenalan di aplikasi cari jodoh. Mereka berkahwin selepas bekas isteri hamil. Masa tu, View Chin dalam tahun ketiga berniaga pakaian borong secara offline kemudian berkembang secara online. Selepas kahwin, bekas isterinya juga bekerja di syarikat yang sama.
Dia dikatakan bekerja keras untuk mengembangkan bisnes dan isterinya beri sokongan penuh. Namun, bekas isteri dikatakan seorang yang gemar berparti dan sering ke kelab malam.
Sehinggalah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), View Chin mendakwa dia perasan ada seorang lelaki menghubungi bekas isterinya dan bertanya, “Baby what are you doing?”.
Dia bersemuka mengenai hal itu, tetapi isteri menafikan curang malah tak mengaku kenal lelaki itu. Memikirkan rumah tangga dan anak-anak, View berkata dia memaafkan bekas isteri.
Bekas isteri View Chin dikatakan sekali lagi kantoi pada hari jadinya iaitu 8 Ogos tahun lalu. Ketika itu View Chin mendapati ada mesej daripada lelaki menulis, “Happy birthday, I love you”.
Influencer TikTok ini mengaku naik angin dan marah. Bekas isteri mengaku dia berasa terabai kerana View Chin selalu sibuk dengan kerja.
Berasa dikhianati sedangkan dirinya penat bekerja untuk keluarga, View Chin memutuskan untuk bercerai.
Leave a Reply