Pembaca Berita Malas Ulas Selepas Kena ‘Sekolah’, Tapi Ini Rekasi ‘Win’ Dato Hattan

PETALING JAYA – “I’m not interested (saya tak berminat).”

Demikian jawapan penyanyi berpengalaman, Datuk Hattan menerusi nota suara ditinggalkan dalam aplikasi WhatsApp sebaik Kosmo! Online membuat permintaan mahu menghubunginya.

Pada masa sama, panggilan telefon yang dibuat beberapa saat sebelum itu dijawab serba ringkas dengan menyatakan dia sedang bermain golf.

Pemilik nama sebenar Mohd. Shukri Shahabudin itu lebih selesa menjalani hari seperti biasa ketika kontroversi ‘sekolahkan’ pembaca berita sebuah stesen televisyen hangat diperkatakan sejak semalam.

Tentera bawang yang dilihat bertalu-talu menyerbu setiap hantaran membabitkan wawancara langsung dengannya berkenaan Allahyarham Mael XPDC dilihat turut menyerang Instagramnya.

"

Barangkali enggan membiarkan situasi menjadi semakim tidak terkawal, Hattan menetapkan Instagram yang menjadi medan untuknya berkongsi pandangan kepada mode privasi.

“Tak mengapa, benda sudah berlaku..saya tak nak ulas” – Penyampai Awani

Pembaca berita sebuah televisyen terkemuka, Nursyazwani Saiful Sham enggan untuk memberi apa-apa penjelasan selepas ‘disekolahkan’ oleh penyanyi veteran, Datuk Hattan menerusi sebuah temu bual secara siaran langsung semalam.

Menurut laporan Kosmo, dia meminta kepada orang ramai untuk tidak memanjangkan lagi isu tersebut secara berterusan kerana dia menganggap ia merupakan asam garam dalam dunia kewartawanan.

“Tak mengapa, benda dah berlaku,” katanya.
Bukan itu sahaja, dia turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai kerana mengambil berat mengenai dirinya namun, tidak boleh memberi apa-apa ulasan apa yang telah berlaku.

“Terima kasih sebab hubungi. Saya tak boleh nak ulas apa-apa berkenaan perkara itu. Harap faham,” ujarnya lagi.
Sejak semalam, nama Dato’ Hattan menjadi perhatian ramai apabila dia seakan beremosi ketika bersiaran secara langsung bersama pembaca berita yang gagal menjawab soalannya mengenai pencipta lagu-lagu kumpulan XPDC.

 

Bagaimanpun, netizen telah bersepakat menyerang akaun laman sosial penyanyi yang berusia 58 tahun itu yang dianggap tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang penggiat seni.

Sumber: Kosmo (Mohd. Haikal Isa)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*