Kecoh sejak beberapa hari terakhir ini apabila penyanyi berpengalaman, Dato’ Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin menjadi buah mulut netizen selepas ‘sekolahkan’ pembaca berita, Nursyazwani Saiful Sham secara live hanya kerana bertanyakan soal pemergian Mael XPDC.‘Tak Buat Research Ke?’ – Netizen Kesian Lihat Pembaca Berita Kena ‘Sound’ Dengan Dato
Tindakan yang dianggap biadap oleh para netizen ini sekaligus membuatkan Dato’ Hattan menerima kecaman yang hebat. Malah, beliau dikatakan telah memilih untuk mengunci akaun Instagram beliau selepas insiden tersebut.
Susulan daripada insiden yang berlaku, terdapat pihak wartawan yang cuba menghubungi Dato’ Hattan namun beliau memaklumkan tidak berminat untuk mengulas tentang perkara tersebut.
“I’m not interested” ulas Dato’ Hattan secara ringkas sebelum memilih untuk sambung bermain golf.
Mengulas mengenai tindakan yang dilakukan kepada pembaca berita, seorang rakan Dato’ Hattan, Salimey Abu Bakar menerusi TikTok memaklumkan Dato’ Hattan sebenarnya tidak tahu temu bual tersebut dilakukan secara live di televisyen serta ditonton oleh orang ramai.
Beliau yang baru sahaja menonton insiden tersebut di televisyen terus menghubungi Dato’ Hattan bagi bertanyakan dengan lebih lanjut.
“Jawapan yang diberikannya, apa live? Aku tak tahu, katanya. Saya tanya lagi, biar betul Hattan tak tahu? Tak tahu, aku tengah baring mereka ‘call’ tanya soalan, aku jawablah macam biasa.
“Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan” ulas Salimey.
Menurut Salimey, tidak adil untuk orang ramai menghakimi tindakan Dato’ Hattan kerana mustahil penyanyi tersebut tidak tahu protokol apabila ditemubual secara live di televisyen dan radio.
Malah, Salimey memaklumkan panel berita yang seharusnya bersedia dengan soalan dan jawapan untuk diberi pada panel dan pembaca berita pada masa terbabit.
Sehingga hari ini, isu ini masih lagi ‘hangat’ dibincangkan. Malah, terdapat netizen yang mulai mempersoalkan kreadibiliti Dato’ Hattan serta menyerang laman Facebook rasmi beliau.
NUJ gesa Hattan buat permohonan maaf secara terbuka
Petugas media bukan peserta program pertandingan realiti yang boleh dimalukan di khalayak ramai.
Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah berkata, tindakan memalukan petugas media sama ada oleh orang luar, artis, ahli politik mahupun menteri harus dihentikan dengan segera.
Menurut beliau, dalam hal membabitkan Astro Awani, NUJ menggesa supaya penyanyi Datuk Hattan bertindak lebih profesional, sekiranya beliau tidak mahu menjawab soalan yang diajukan, beliau boleh dengan sopan menolak pertanyaan itu.
“Tindakan seperti itu akan memulakan rantaian ‘chain of events’, di mana selepas ini orang lain juga boleh bertindak kurang ajar dengan petugas media.
“Belajarlah saling menghormati dan tunjukkan teladan yang baik terutamanya kepada generasi muda pendirian NUJ adalah untuk saling menghormati,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tidak berhemah penyanyi tu menegur seorang pembaca berita wanita ketika siaran langsung berita berkenaan ke udara pada Jumaat.
Farah berkata, penyanyi itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka, kerana tindakan beliau itu memalukan pembaca pemberita berkenaan ketika sedang bersiaran secara langsung.
“NUJ gesa Datuk Hattan memohon maaf secara terbuka kerana tindakannya menegur ketika siaran langsung berkenaan bukan sahaja memalukan pembaca berita malah dilihat memperlekehkan tugas pengamal media.
“Dalam hal ini juga, NUJ memuji pembaca berita wanita berkenaan yang kekal tenang dan profesional meskipun diasak dengan soalan kurang cerdik penyanyi berkenaan yang menuduhnya sebagai ‘tidak buat kerja’,” ujarnya.
Difahamkan, pihak Astro Awani menghubungi Datuk Hattan untuk berkongsi cerita mengenai Allahyarham Mael XPDC atau nama sebenar Syed Ismail Syed Ibrahim yang baru meninggal dunia.
SUMBER Berita Harian
Leave a Reply