Keluarga Kazar, Melor Kakak Ira Maklum Keadaan Isteri Kesayangan Syamsul Selepas Kes Penceraian

Menerima tohmahan dan kecaman dari orang ramai adalah situasi yang sulit bagi siapa pun, terutama keluarga yang terlibat.

Dalam momen seperti ini, penting bagi sesebuah institusi kekeluargaan untuk tetap teguh dan bersatu dalam menghadapi situasi tersebut.

“Kami semua baik-baik saja, tiada terkesan dan Ira juga sentiasa positif,”

Demikian penjelasan kakak kepada Ira Kazar iaitu Melor Kazar, 40, apabila ditanya mengenai keadaan adiknya yang juga isteri kepada pengarah popular, Syamsul Yusof.

Melor yang juga kakak sulung dari lima beradik ditemui selepas majlis tayangan filem Sue-On, semalam, berkata meskipun berdepan dengan ujian rumah tangga, Ira tetap tenang dan positif.

"

Tidak hanya Ira, katanya, seluruh keluarga tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

“Dengan apa yang berlaku, kami sekeluarga tidak terkesan dengan apa-apa, Alhamdulillah baik-baik saja. Hakikatnya semua sama saja, tiada apa yang lebih, tiada apa yang kurang.

“Kami menjalani kehidupan seperti biasa dan tiada kelainan. Ayah (Kazar) paling okay. Bila ayah okay dan kami pun okay. Keadaan Ira pun sama saja sejak dahulu, sentiasa positif.

“Kami mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak, sebelah sana dan sini. Sebab kita nak cakap lebih pun tak boleh, kita tak lalui apa yang mereka hadapi. Kita sebagai keluarga hanya boleh nasihat, dengar atau tidak, terpulang sebab masing-masing sudah besar dan boleh berfikir,” katanya.

Dalam masa sama, Melor turut mendedahkan, dia tidak terkecuali membaca komen yang ditinggalkan netizen, namun memilih tidak mengambil serius.

“Kami baca semua komen dan kecaman netizen sama ada negatif atau positif. Yang baik kami ambil, yang buruk kami buang.

“Kami adik-beradik sudah diajar dan dididik untuk sentiasa bersabar. Sebab kalau baca akan mengganggu mental.

“Alhamdulillah, semua okay, nak kata kami takut ke mana-mana pun tidak sebab hidup perlu diteruskan,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya adakah bakal menyambut Aidiladha bersama Syamsul, Yasmin berkata, masih tiada perancangan lagi.

“Tiada rancang beraya dengan Syamsul atau sebagainya, selalu spontan saja semua,” katanya.

Ira bergelar isteri kepada Syamsul pada 5 Januari lalu selepas berita itu diumumkan sendiri oleh pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu menerusi video dalam Instagram.

Susulan itu, Puteri Sarah yang juga isteri pertama Syamsul ketika itu bertindak memfailkan perceraian sebelum sah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Sumber Murai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*