Dalam drama terbaru, lakonan mesra Fasha Sandha bersama pelakon muda tarik perhatian ramai
Afieq Shazwan Gugup Jadi ‘Anak Ikan’ – “Saya Hampir …
Penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan, 25, mengakui hampir menolak tawaran lakonan membawakan karakter ‘anak ikan’ kepada aktres berkaliber Fasha Sandha.
Menerusi karya Rampas Cintaku, ini merupakan kali pertama dia memegang watak sedemikian dan banyak bertanya kepada kenalan yang mempunyai pengalaman sebagai ‘anak ikan’.
“Ini pertama kali saya perlu bawa watak sebagai ‘anak ikan’. Saya hampir tolak tawaran lakonan sebab pada saya watak ini sedikit berat.
“Pada awalnya, saya sangat gementar untuk masuk set penggambaran drama Rampas Cintaku. Pertama saya takut sekiranya akan dilabel ‘anak ikan’ dan kedua saya gementar sebenarnya nak berlakon dengan heroin cerita ni, Kak Fasha.
“Tapi bila dah masuk hari pertama dan kedua saya dah mula selesa sebab persekitaran berlakon yang seronok. Salah satunya saya dan Kak Fasha senang bekerjasama.
“Terus terang, saya tiada pengalaman menjadi seorang ‘anak ikan’, cuma saya kerap bertanya orang sekeliling dan kenalan saya yang mempunyai pengalaman sebegitu,” katanya ketika ditemui di sidang media Rampas Cintaku di Dadi Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur, semalam.
Tidak menafikan akan ada segelintir penonton bakal mengecam gara-gara watak ‘daring’, Afieq memandang perkara tersebut sebagai satu cabaran.
“Mesti akan ada yang kecam, tapi ini adalah cabaran dalam karier saya. Saya bukan anak ikan di dunia nyata, hanya menjayakan watak sahaja,” katanya lagi.
Afieq memegang watak sebagai Rizal, seorang anak muda yang terdesak untuk keluar daripada bebanan hutang, kemiskinan dan gangguan pengutip hutang lalu memilih untuk berpindah ke ibu kota serta bertemu dengan seorang ahli perniagaan kaya dan menggoda, Datin Safieya (lakonan Fasha Sandha).
Terdesak untuk melunaskan hutang keluarganya, Rizal menerima tawaran Datin Safieya untuk menjadi ‘anak ikan’, namun akhirnya jatuh cinta terhadap wanita itu.
Rampas Cintaku dilancarkan secara global di platform iQIYI dan iQIYI International merentasi 191 negara dan wilayah pada 23 September 2022.
Melodrama tempatan ini menampilkan pelakon tempatan yang berbakat besar seperti Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Aidil Aziz, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, dan ramai lagi.
Dikatakan terlalu kurus hingga nampak seperti sakit, ini respons Fasha Sandha
PENAMPILAN pelakon cantik Fasha Sandha yang kini semakin langsing menjadi perhatian netizen di laman sosial yang rata-ratanya memuji aktres itu pandai menjaga bentuk badan.
Bagaimanapun terdapat seorang netizen yang menganggap Fasha semakin kurus dan menyebabkan aktres itu kelihatan seperti sakit.
“Kenapa kurus sangat? Nampak macam sakit pula,” komen netizen.
Tampil membidas komen tersebut, Fasha meluahkan rasa syukur masih diberikan kesihatan yang baik namun hatinya tergores disebabkan orang asyik mengatakan dirinya sakit.
“Tak sakit pun. Tapi hati agak sakit bila hari-hari orang asyik kata saya sakit. Alhamdulillah saya sihat,” balas Fasha menerusi laman TikTok miliknya.
Rata-rata netizen meminta Fasha untuk tidak menghiraukan komen tersebut selain memuji aktres berusia 39 tahun itu yang kini kelihatan lebih cantik dan awet muda.
“Dah kurus nampak muda gila… lawa teruk.
“Tak nampak sakit pun, nampak kurus dan cantik… idaman para mak-mak.
“Pedulikan… saya pun nak kurus macam ini nanti. Senang nak bergerak dan beribadah.
“Kenapa kalau orang berisi tiba-tiba kurus orang kata sakit. Padahal kita berseri saja,” komen netizen.
Terdahulu, Fasha mengakui bukan mudah untuk menurunkan berat badan, namun dia berjaya membuang sehingga 10 kilogram selepas menimang cahaya mata ketiga.
Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam manakala, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati. –
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply