Suami Fatin cabar pihak berkuasa, JPJ minta bantuan polis kesan Opai. Rupanya ini kes yg dia terlibat

KEGAGALAN suami kepada pelakon Fatin Afeefa hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membantu siasatan berhubung kontroversi penggunaan nombor plat ‘QPA1’ disifatkan mencabar pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Erick Jusiang berkata, pihaknya akan meminta bantuan polis untuk mengesan Opai atau Aliff Awang yang dipercayai masih berada di ibu negara.

“Kita sudah serahkan notis ke alamat rumahnya namun selepas 14 hari dia gagal memunculkan diri.

JPJ akan minta bantuan polis mengesan Opai.

“Jadi kita minta bantuan polis kerana mereka ada kuasa mengeluarkan waran dan mengesannya di rumah,” katanya kepada pemberita.

"

Pada 20 Jun lalu media melaporkan JPJ Kuala Lumpur mengesahkan nombor plat yang digunakan pada sebuah kenderaan jenis McLaren adalah bukan nombor sebenar kereta tersebut.

Menurut pihak JPJ, pemilik berdaftar nombor plat dan kenderaan tersebut merupakan dua pihak yang berbeza.

Opai sebelum ini memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak berkuasa berhubung isu berkenaan.

Sementara itu, menerusi temu bual mStar bersama usahawan dikenali sebagai Hafiz Wasa mengesahkan kereta mewah itu merupakan miliknya.

Hafiz menjelaskan kereta itu sudah dijual kepada Opai namun mereka masih belum berkesempatan membuat proses menukar nama disebabkan kekangan masa.

kredit: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*