“Ya, saya sunyi sekarang ini. Memang tiada kekasih untuk ajak keluar bersama. Jadi tak salah kalau mencuba nasib untuk mencari teman hidup
“Sejak nama dia jadi viral saya juga melihat perkongsiannya di media sosial. Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih.
“Saya sukakan wanita yang garang… lagi garang, lagilah saya suka. Namun saya juga percaya dia seorang yang manja,” katanya kepada mStar.
Sebelum itu, Iqbal meninggalkan komen di Instagram mStar menerusi artikel Sheila mahu mencari pasangan hidup.
sekarang-ramai-jatuh-cinta-tengok-lakonan-iqbal-zulkefli-orang-dah-nampak-saya-pandai-berlakon” target=”_blank” rel=”noopener”>Dulu netizen benci, sekarang ramai jatuh cinta tengok lakonan Iqbal Zulkefli… “Orang dah nampak saya pandai berlakon
Sheila atau S. Sheila Sharon, 35, secara terbuka memberi peluang buat mana-mana lelaki yang mahu menjadi kekasihnya tanpa meletakkan sebarang syarat.
Dalam hantaran tersebut, Iqbal menawarkan diri untuk bertemu dengan Sheila kerana sudah lama sunyi tanpa berteman.
Saya jadi tertarik dengannya. Ramai yang bercakap tidak elok tentang dia, itu yang buat saya sedih
Kata Iqbal, dia memerlukan seorang wanita seperti Sheila yang boleh menjaga dirinya selain mengubah menjadi seorang yang lebih baik.
“Saya perlukan seorang yang garang seperti dia supaya boleh marah jika saya nakal.
“Saya mahukan seorang wanita yang selalu berbisik di telinga saya. Alangkah bahagianya kalau menjadi teman Sheila dan dia siapkan kopi setiap pagi,” ujarnya.
Iqbal mahukan wanita yang juga boleh menjaga anaknya.
Tambah Iqbal dia juga mahukan seorang wanita yang boleh memahami dirinya sebagai seorang usahawan selain dapat menyayangi dia dan anak angkatnya, Ziyad.
“Kalau bercakap tentang ciri-ciri idaman, saya mahukan wanita yang sederhana sahaja. Kalau boleh mahu wanita kampung, tapi takut pula tidak terbuka tentang dunia perniagaan sekarang ini.
“Apa yang paling penting wanita itu perlulah sayang saya dan anak,” jelasnya.
Leave a Reply