Pelakon Puteri Sarah Liyana dan bekas madunya, Ira Kazar akhirnya mencapai kata damai apabila kes saman mereka termasuk dua ahli keluarga berhubung gangguan orang ketiga diselesaikan cara baik di luar mahkamah.
Memetik laporan Harian Metro, peguam pelakon itu iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, persetujuan antara mereka direkodkan di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani.
Kes Puteri Sarah dan Ira Kazar selesai
puteri sarah
Namun, peguam tak dapat menerangkan secara terperinci kerana ada perkara sulit untuk didedahkan. Apa-apa pun kedua-dua pihak bersetuju kes selesai cara baik.
Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah
Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip.
Terdahulu, Puteri Sarah menfailkan satu tindakan saman dan dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar yang dikatakan mengganggu rumah tangganya dengan Syamsul Yusof.
Dedah ibu kepada dua anak itu, dia telah menderita secara mental dan berterusan diganggu orang ketiga selama empat tahun.
Susulan itu, Mahkamah Sesyen memerintahkan injunksi inter-parte (kedua-dua belah pihak) menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira supaya tidak menjejaskan ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah dan keluarganya serta keluarga mentuanya termasuk suaminya, Syamsul.
Sumebr Bn.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply