Waris kepada mangsa tragedi kepala air Jeram Air Putih, di Kemaman Terengganu merayu supaya anak saudaranya iaitu mangsa ke-10 yang masih hilang ditemui dengan segera.
Menerusi beberapa perkongsian di TikTok, adik Azizah iaitu Syawal Eiyi berkata, dia dan ahli keluarga yang lain sentiasa menunggu Putri Nor Fatin dan menerima walau apa jua keadaan.
Malah, dia mendedahkan Fatin yang berumur 14 tahun mahu jadi terkenal seperti artis. Kini satu Malaysia mendoakan untuk Fatin. Sebak!
Kongsi bapa saudaranya lagi, Fatin merupakan anak saudaranya yang paling pemalu di antara adik beradik yang lain.
@syawaleiyi #jeramairputihganu #tragedikepalaair pulang ye paksu tunggu fatin…kami semua tunggu fatin..ingat tak fatin nak orang kenal mcam artis ni semua org dah kenal fatin…pulang ye♥️
Kongsinya lagi, sudah dua kali dia datang ke lokasi untuk mencari tetapi setakat ini belum berkesempatan turun ke sungai disebabkan air yang besar.
Jika Allah SWT mengizinkan, dia sebagai bapa saudara mahu ke sungai secepat mungkin.
Syawal Eiyi merayu orang ramai mendoakan semoga Fatin ditemui dengan segera. Dia juga berdoa semoga keluarga arwah kakaknya, Azizah dan Karim disatukan di dalam syurga Allah SWT.
Kredit: TikTok Syawal Eiyi
Leave a Reply