“Vibe macam kat Thailand,” Ingatkan di Thailand, rupanya Sri Petaling je… Kedai roti tiba-tiba viral, makin ramai nak serbu jamu mata

PENAMPILAN seksi seorang peniaga roti di Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur, hangat menjadi perbualan netizen di media sosial.

Menerusi posting tular di Facebook, peniaga wanita itu dilihat sedang tekun bekerja di sebuah bakeri mini yang terletak di dalam sebuah restoran Cina.

Menurut seorang pelanggan yang berkunjung ke premis itu, peniaga tersebut mendedahkan dia gagal mencari pekerjaan bersesuaian selepas menamatkan pengajian.

Ekoran kesukaran mencari pekerjaan, dia akhirnya membuat keputusan untuk mengusahakan perniagaan bakeri berkenaan.

Tambah peniaga itu, keputusan itu tepat kerana perniagaan diusahakannya semakin mendapat sambutan menggalakkan.

"

Perkongsian di Facebook itu sekali gus membuktikan tidak semua generasi muda hari ini cerewet dan manja dalam mencari pekerjaan.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji peniaga itu dan berseloroh untuk ‘menyerbu’ kedai tersebut.

Malah, ada yang turut menyamakan penampilan wanita itu seperti peniaga-peniaga di Thailand.

“Restoran Cina ini akan menyaksikan peningkatan pelanggan dan bisnes akan boom!

“Vibe macam kat Thailand,” tulis beberapa netizen.

kredit:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*