Padah lepaskan 50 ekor merpati, apa yg berlaku kepada kawasan resort buat A. Aida menyesal

PADAH melepaskan 50 ekor burung merpati sempena pernikahan anak sulungnya, resort milik penerbit Datuk A. Aida akhirnya dipenuhi najis haiwan berkenaan.

Kata Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang, 53, burung yang dilepaskan itu tidak mahu terbang jauh dan masih berkeliaran di sekitar resort miliknya yang terletak di Janda Baik, Pahang.

“Niat saya nak bebaskan burung itu dari terkurung, tak sangka pula bila dibebaskan dia tidak mahu pergi ke tempat lain.

Burung merpati tidak mahu pergi jauh.

“Habis sekarang ini resort saya dipenuhi tahi burung. Burung-burung itu duduk di atas bumbung rumah saya,” katanya kepada mStar.

"

Pada Sabtu lalu, A. Aida melepaskan 50 ekor burung merpati sebagai simbolik penikahan anak sulungnya, Wan Az Aleesa dengan jejaka pilihan hati iaitu Zain Azrai Abdul Aziz.

Kata A. Aida, pada awalnya dia mahu melepaskan 100 ekor burung, namun penjual hanya memiliki 50 ekor sahaja.

Burung merpati putih berkenaan dibeli dengan harga RM25 seekor.

“Mulanya saya minta seratus ekor untuk burung merpati itu, tapi penjual kata dia ada 50 sahaja. Nasib baik juga sebenarnya.

“Saya tak boleh bayang kalau ada seratus ekor yang tinggal di atas bumbung resort saya sekarang ini,” ujarnya.

Sekarang ini saya tengah cari orang untuk tangkap burung itu.

Dalam pada itu, A. Aida memberitahu dia kini sedang berusaha menangkap semula burung merpati itu untuk dilepaskan di tempat lain.

Meskipun ada pihak mencadangkan dia membela haiwan berkenaan, namun dia bimbang jika tidak mempunyai kesempatan untuk menjaga dengan baik.

“Sekarang ini saya tengah cari orang untuk tangkap burung itu, siapa tangkap… kira dia punyalah.

“Saya bukan tak nak bela… ada juga yang sarankan saya untuk bela supaya jadi tarikan tempat saya ini, tapi saya tak boleh buat macam itu sebab tak ada siapa nak bersihkan najis-najis burung itu nanti,” kongsinya.

Lepaskan burung merpati simbolik pernikahan anak sulung.

Pada pagi Sabtu lalu, Aleesa selamat bergelar isteri kepada juruterbang Zain Azrai dengan sekali lafaz selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi Ameng Spring atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail disaksikan oleh Penolong Pendaftar dan Imam Genting Highlands, Fawwaz Zarin Che Lah.

Pada majlis yang berlangsung di Kasturi D Manggis, Janda Baik, Pahang itu, Aleesa, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 berserta wang hantaran RM25,000 dan seutas gelang emas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*