MB Kedah Ditahan P0lis, Lokasi Dan Cara Dia Ditahan Tarik Perhatian Ramai

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ditahan polis sekitar jam 3 pagi tadi di sebuah hotel di ibu negara.

Beliau difahamkan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selangor dengan menaiki sebuah kenderaan multi guna (MPV).

Muhammad Sanusi juga difahamkan akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang pagi ini dipercayai berkaitan kenyataan beliau menghina institusi Kesultanan Selangor dalam memilih Menteri Besar negeri itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang di sini hari ini, atas satu lagi pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas.

Muhammad Sanusi, 48, yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.

"

Beliau didakwa telah melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*