Madu Miera Liyana Dakwa Dah Cuba Selamatkan Rumah Tangga Bersama Suami, Tapi Ini Sebabnya Tetap Bercerai

ebentar tadi baru saja kami melaporkan yang suami kepada pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Adibah Mutalib hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Menerusi satu video yang dikongsikan pihak hlive, madu kepada Miera Liyana ditemubual dan memberitahu dirinya sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Walau bagaimanapun, Rosland Othman dikatakan tetap berkeras dan mahu untuk berpisah dengannya.

Adibah juga berkata bahawa dia percaya pasti ada hikmah atas sesuatu benda yang berlaku dan akan digantikan dengan yang lebih baik di masa akan datang.

Soal anak, wanita itu memberitahu dia sama sekali tidak mempunyai masalah jika Rosland mahu berjumpa, bahkan mengalu-alukan lagi.

"

Untuk info, kemelut rumah tangga Adibah dan Rosland mula retak selepas lelaki itu berkahwin dengan pelakon muda, Miera Liyana.

Bukan tu jer, Rosland juga dikatakan dalam jangka masa yang lama tidak pulang ke rumah dan tidak memberi nafkah kepada isteri pertama.

Kredit: Instagram hlive

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*