ND Lala bergegas tinggalkan majlis Shila Amzah, tapi ada satu perkara dia sempat tunaikan

KUALA LUMPUR – Selepas selesai akad, penyanyi terkenal era 1980-an, Datuk ND Lala dilihat meninggalkan pekarangan majlis perkahwinan anaknya, Shila Amzah yang berlangsung pada pagi tadi.

Sebelum acara akad nikah, ND Lala atau nama asalnya Amir Amzah Salleh lengkap berpakaian baju Melayu putih hadir bagi menjadi wali kepada anak sulungnya.

Sementara itu, pelantun lagu Buah Hati Di Kebas Orang itu didakwa segera meninggalkan majlis bagi mengelak pihak media.

Spekulasi lebih kuat apabila dia tidak menyertai sesi fotografi keluarga.

Bagaimanapun, isterinya, Fauziah Sarman enggan ditemu bual pihak media.

"

Pada pagi tadi, anaknya yang juga merupakan penyanyi iaitu Shila Amzah selamat bergelar isteri kepada pempengaruh media sosial, Ubai dengan sekali lafaz di Boathouse, Ampang.

Sebelum ini, semasa majlis pertunangan Shila, ND Lala turut hadir sekaligus memberikan bayangan kemelut dalaman keluarga semakin pulih.

Dakwaan rumah tangga penyanyi berusia 62 tahun itu bersama isteri, Fauziah mula berkongsi gambar seorang wanita didakwa sebagai madunya, sekali gus seperti mengesahkan gosip suaminya itu beristeri muda.

Spekulasi rumah tangga ND Lala dan Fauziah semakin memburuk adalah apabila wanita terbabit muncul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 3 April lalu.

Begitupun, Syada menafikan ibunya ke mahkamah bagi menuntut cerai.

Shila yang juga kakak sulungnya meminta keluarga mereka diberikan ruang dalam menghadapi isu tersebut. – KOSMO! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*