
Nama Youtuber dan usahawan popular, Syahmi Sazli hangat diperkatakan sejak semalam selepas isterinya, Anissa Faizul bersuara mengenai isu air di Kelantan yang tak pernah selesai.
Selepas teruk dikecam, Syahmi tampil menjelaskan luahan isteri adalah respon kepada aduan seorang penduduk di Pasir Mas yang menghadapi masalah air.
Katanya, memang segelintir sahaja yang terjejas tetapi takkanlah menegur menjadi satu kesalahan besar. Syahmi bagaimana pun memohon maaf kepada sesiapa yang terasa hati dengan kenyataan isterinya.
Terbaru, ada pula netizen yang ugut mahu boikot perniagaan Syahmi dan isteri gara-gara isu yang dibangkitkan tersebut.
Namun Syahmi secara tenang berkata, dia redha seandainya diboikot hanya kerana bersuara untuk kebaikan rakyat di Kelantan.
Yang masih ada bersama Mi, moga Allah membalas kebaikan semua.
Di ruangan komen, orang ramai memberikan kata-kata semangat buat Syahmi dan menegaskan rezeki datang daripada Allah SWT.
Kredit: Facebook Syahmi Sazli Production
Leave a Reply