Abdul Hadi dedah akan berlaku perubahan kerajaan pusat jika perkara ini berlaku

Seremban: Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kemenangan Perikatan Nasional (PN) dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan membolehkan berlakunya perubahan dalam Kerajaan Persekutuan.

Katanya, disebabkan itu, PRN pada 12 Ogos ini adalah penting untuk memenangkan calon daripada PN.

“Kalau menang (enam negeri) ini, akan berlaku perubahan kerajaan pusat, itu maknanya. Maka kewajipan mengundi sangat besar,” katanya semasa berucap pada Majlis Munajat Akbar dan Jelajah PN Best di Sendayan, malam tadi.

Hadir sama, Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya sedih kerana masih ramai kaum Melayu yang tidak ingin untuk keluar mengundi dalam pilihan raya.

"

“(Peratusan) kaum lain keluar mengundi 90 peratus (tapi) orang Melayu (yang) keluar mengundi 70 peratus. Masih ramai yang tak mahu mengundi,” katanya.

Beliau berkata, orang Melayu masih lagi tidak menyedari bahawa mengundi ini suatu kuasa politik.

“Kalau kita tak mengundi, bermakna kita menghilangkan kuasa politik. Mana-mana parti yang menang pilihan raya, dia dapat kuasa politik.

“Maka orang Melayu Islam termasuk bukan Islam yang tidak ekstrem perlu menyokong PN untuk membuat perubahan yang baik,” katanya.

Dakwanya, ia bukannya seperti Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang bergaduh sesama sendiri dalam kerajaan.

“Walaupun dia (BN dan PH) tubuh Kerajaan Perpaduan, dalam Parlimen berlawan sesama sendiri,” dakwanya.

kredit: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*