
Sebelum ini kecoh diperkatakan di media sosial dakwaan mengenai seorang pelawak wanita berstatus janda yang kini ‘bersuamikan’ seorang pengkid.
Terbaru! Pihak Melodi TV3 cuba mendapatkan rakan kepada pelawak yang diperkatakan itu iaitu Didie Alias untuk bertanya apakah perasaanya apabila melihat rakannya jadi sebegitu.
Kalau korang tengok video itu, Didie berkata yang pelawak itu sebenarnya dah banyak kali membuat perkara itu sebelum ini dan tidak mahu mendengar nasihat.
Bukan tu jer, Didie Alias juga tidak akan cari pelawak berkenaan dan tidak mahu mengaibkannya dengan mengungkit hal-hal yang pernah berlaku sebelum ini.
Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah.
Didie juga berkata yang dia mendoakan agar rakannya itu kembali ke jalan yang benar sambil mengalirkan air mata.
@melodiberapi tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fypシ #didiealis #fypシ゚viral
Pelawak Berstatus Janda Bersuamikan Pengkid?
Seorang pelawak wanita dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang ‘pengkid’ dan dikatakan tidak segan silu berkongsi video-video di media sosial.
Memetik Utusan Online, ramai rakan artis pelik dengan sikap pelawak berstatus janda itu seakan melarikan diri daripada ramai orang.
Malah, sahabat baiknya juga pernah menyuarakan perkara sama mengapa pelawak itu selalu menghilangkan diri sehingga sukar dihubungi.
Sebelum ini, pelawak tersebut pernah meminta bantuan terutamanya kepada rakan artis selepas sukar untuk dapat job dan tiada pendapatan kerana jarang berlakon.
Terbaru, rupa-rupanya pelawak itu didakwa sudah pindah ke negeri lain dan tidak lagi tinggal di Kuala Lumpur kerana mengikut pengkid.
Pasangan sesama jenisnya itu juga tidak segan silu memanggilnya sebagai ‘wife’ dan perkara itu dikongsikan di media sosial.
Bagaimanapun, tidak didedahkan identiti pelawak berkenaan namun diharap segera bertaubat jika benar dakwaan tersebut.
Kredit: Tiktok
Leave a Reply