
GARA-GARA memeluk influencer terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri, pelakon Datin Almy Nadia menerima kecaman hebat dalam kalangan netizen.
Insiden peluk itu berlaku secara spontan apabila Mimi terlalu teruja apabila berjumpa kali pertama dengan Almy sewaktu berkunjung ke Malaysia, baru-baru ini.
Terbuka menerima kecaman netizen itu, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 37, bagaimanapun meminta netizen agar menulis teguran secara berhemah.
“Saya tak perlu respon apa pun sebenarnya dan tak perlu membalas segala komen mahupun kritikan dengan cara apa sekali pun, apa orang nak cakap tu biarkan la!
“Saya tak nak tambah dosa untuk bercakap atau menulis… mungkin itu yang terbaik buat mereka (netizen) dengan membuat teguran cara sedemikian.
“Mereka boleh saja mesej saya secara peribadi untuk tegur mengenai perkara ini, tidak perlu secara umum dan saya tak baca pun segala komen itu,” katanya kepada mStar.
Tak pernah ke Malaysia, Mimi Peri sebulan tak tidur lena
Hanya kerana populariti video kejutkan orang ramai bangun sahur pada Ramadan, pempengaruh media sosial popular Indonesia, Mimi Peri kini melangkah setapak lagi menceburi dunia lakonan.
Bukan sahaja terkenal di negara kelahirannya, Mimi atau nama sebenarnya, Ahmad Jaelani, 35, turut meraih perhatian luar biasa peminat di Malaysia.
Justeru, tidak hairan kehadirannya ke Malaysia bagi mempromosikan filem terbaharu, Mat Tudung Begins mendapat sambutan hangat.
Mimi berkata, dia tidak pernah terfikir terbabit dalam dunia lakonan, apatah lagi, tawaran hadir di Malaysia.
Justeru, katanya, dia berterima kasih kepada kenalannya dalam Instagram (IG) yang juga pengarah filem, Datuk Fizz Fairuz memberi peluang kepadanya.
“Sejujurnya, saya bersyukur ditawarkan berlakon dalam filem Mat Tudung Begins. Ini pengalaman baharu buat saya membintangi filem di negara luar.
“Ia juga perkara yang tidak pernah difikirkan kerana saya merasakan peluang seperti seumpama ini tak mungkin dapat diperoleh.
“Tetapi, saya memang berhasrat menjadi orang terkenal dan berlakon filem. Allah memakbulkan doa ini menerusi Fizz.
“Kali pertama saya mengenali Fizz dan isterinya, Datin Almy Nadia menerusi siaran langsung dalam Instagram pada 2019,” katanya ditemui pada sidang media tayangan perdana Mat Tudung Begins di TGV 1 Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Mimi Peri kali pertama ke luar negara, terkejut dengan sambutan peminat di Malaysia. – NSTP/Genes Gulitah
TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI
Leave a Reply