
Ketika sesi langsung di TikTok, penyanyi Shila Amzah ditanya netizen mengenai isu penceraian melibatkan ibu bapanya.
Menurut Shila, sebagai anak dia sudah tentu berasa sedih namun percaya perpisahan adalah jalan yang terbaik.
Katanya lagi, ibu bapanya sudah berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina namun jodoh mereka setakat itu sahaja.
Kami pun serabut tengok mereka bergaduh, jadi lantaklah mereka. Memang tak boleh nak buat apa, setakat tu je.
Penyanyi lagu Patah Seribu ini berkata, dia tak mampu untuk memaksa ibu bapanya bersama dan berharap orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.
Pada akhirnya, orang nak bercerai ke kahwin ke.. itu semua jodoh. Suka hati merekalah nak buat apa. Nak cari bahagia masing-masing. Lantaklah mereka.
Terdahulu, konflik rumah tangga ND Lala mula diperkatakan apabila Fauziah Sarman memuat naik hantaran Instagram memperkenalkan madunya.
Mereka akhirnya bercerai selepas ND Lala melafazkan talak pada 2 Ogos di sebuah masjid di Bangsar.
Kredit: mStar
Leave a Reply