ND Lala Ceraikan Isteri Pertama, Fauziah Sarman Tapi Tak Sah?

Baru-baru ini penyanyi veteran, ND Lala dilaporkan telah menceraikan isterinya, Fauziah Sarman. Kemelut rumah tangga mereka menjadi semakin parah selepas ND Lala didakwa berkahwin kali kedua secara senyap.

Perkara itu disahkan oleh Fauziah yang juga merupakan ibu kepada penyanyi Shila Amzah di Instagram.

Lafaz cerai yang dilakukan ND Lala tidak sah…
Peguam Syarie, Hadi Salleh bagaimanapun menyatakan lafaz cerai yang dibuat penyanyi terbabit tidak sah. Ini kerana dia perlu melakukan lafaz cerai di mahkamah syariah.

Hadi berkata, hanya hakim yang mempunyai kuasa dan berhak mengesahkan sama ada lafaz cerai yang dilakukan secara lisan dan bertulis sah atau tidak.

Semua tertakluk kepada fakta dan pertimbangan hakim. Jadi, perlu disahkan di mahkamah. Tiada siapa pun berhak menentukannya.

"

Apapun, kita doakan yang terbaik buat keluarga ini. Lagipun, Shila pun baru je berkahwin dengan Ubai. Adalah hikmahnya tu.

Kredit: Utusan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*