Nia Ramadhani mengaku tidur sekatil bersama kedua-dua mertua

Berstatus menantu keluarga kaya, pelakon Nia Ramadhani secara terbuka mendedahkan mengenai layanan diterima daripada bapa dan ibu mertuanya di rumah.

Memetik dari mStar, Kata Nia, kehidupannya berubah drastik sejak berkahwin dengan usahawan Ardi Bakrie.

Seperti yang diketahui, latar belakang suami Nia iaitu Ardi bukan calang-calang kerana berasal daripada keluarga berada.

Berbeza dengan drama sinetron, Nia mengakui ibu bapa mertuanya melayan dia begitu baik seperti anak sendiri.

Biarpun mungkin ramai beranggapan menjadi menantu kepada keluarga golongan elit akan menyukarkan Nia untuk menyesuaikan diri, namun perkara itu sama sekali tidak dilalui olehnya.

"

Malah, Nia mendedahkan dia sering tidur sekatil bersama ibu bapa mertua pada waktu siang.

Sebelum ini, Nia menerusi Instagram kerap berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

Selain itu, dia juga sering berkongsi mengenai hobi, pemakanan dan kesihatan. – Agensi

Nia Ramadhani bergambar ramai bersama suami, anak-anak dan ibu bapa mertua – mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*