
Sebelum ini tular mengenai penyanyi yang juga merupakan seorang anggota ahli kumpulan, Syasya kantoi minum arak ketika berhibur di sebuah kelab malam. Biar betul?
Hal ini menjadi bualan kerana Syasya merupakan seorang muslim tapi kantoi minum arak menerusi satu video.
Terbaru! Menurut laporan Utusan Malaysia, penyanyi wanita itu ketika ditemu bual pihak media dikatakan biadab dan tidak profesional kerana membuat reaksi dan mimik muka yang menjengkelkan.
Bukan tu jer, Syasya juga dianggap kurang ajar kerana memilih untuk memberikan reaksi negatif mengenai dakwaan tersebut serta melepaskan peluang untuk bersihkan nama baiknya.
Cik Bunga harap, baik Syasya, anggota Dolla yang lain atau mana-mana artis baharu, boleh jadikan ini sebagai pelajaran. Artis tidak lari daripada tembakan soalan-soalan yang tidak semestinya perlu ‘baik’ sahaja.
Kalau dah masuk dunia hiburan ni segala tingkah laku akan jadi perhatian peminat. Jadi kalau tak mahu orang cakap benda yang tak baik, janganlah buat perkara yang bukan-bukan.
Kredit: Utusan Malaysia
Leave a Reply