“Menggeletis Betol”- Ramai Meluat Lihat Gelagat Masya Masyitah Di Set Penggambaran

Sebelum ini, Masya Masyitah pernah menyatakan keputusannya untuk tidak berhijab lagi, malah turut memberitahu yang dia tidak mahu mengambil sebarang tawaran bekerja lagi.

Namun, setiap perkara yang dilakukannya sering menjadi tumpuan netizen untuk mengecam penyanyi muda itu.

Baru-baru ini, menerusi satu video yang dimuat naik oleh akaun Absolut Food Fest di TikTok, Masya dilihat sedang menjalankan sesi penggambaran untuk jenama tempatan itu.


Bukan itu sahaja, Masya atau nama penuhnya Siti Nur Masyitah Yusoff kelihatan teruja mempromosikan acara terbabit yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

https://www.tiktok.com/@absolutevent/video/7266707109025271042?referer_url=ohmedia.my%2Ftrending%2Fmenggeletis-betol-netizen-meluat-lihat-gelagat-masya-masyitah-di-set-penggambaran%2F&refer=embed&embed_source=121355059%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_share&referer_video_id=7266707109025271042

"

Walaupun penyanyi yang berusia 23 tahun itu gembira, tetapi masih ada segelintir netizen yang melihat video itu berasa kurang senang melihat gelagat Masya sebegitu.

Dalam pada itu, ada juga beberapa netizen yang meminta agar netizen tidak terus-menerus menghentam Masya Masyitah.

Terdahulu, penyanyi Masya Masyitah pernah meminta netizen agar tidak menyalahkan ibu bapanya atas keputusan untuk tidak lagi memakai tudung kerana itu adalah pilihannya sendiri.

Kredit: TikTok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*